Matteo Guendouzi Akan Ditawarkan Kontrak Baru

Arsenal dikhabarkan mahu menawarkan kontrak baru kepada Matteo Guendouzi.

Pemain tengah berusia 20 tahun tersebut boleh dikatakan menyerlah juga melihat kepada usianya, sejak tiba di Emirates pada musim lepas.

Beliau merupakan antara pemain pertama yang dibeli oleh Unai Emery dalam musim pertamanya di England.

Pemain lepasan akademi Paris Saint-Germain ini mempunyai corak permainan yang bertenaga, walaupun agak kurang dari segi fizikal untuk bermain di PL, namun tetap menjadi aset penting Unai dan menjadi pemain kegemaran peminat Arsenal.

Beliau tidak dikenali ketika mula tiba di England, namun setelah menunjukkan kebolehannya, nilainya sudah meningkat sekitar £30 juta. Arsenal sudah tentu mahu memastikan beliau kekal lama di kelab dengan menawarkan kontrak jangka masa panjang.

Kontak sedia adanya kini masih berbaki dua tahun setengah tetapi Arsenal mahu mengikatnya selama lima tahun lagi.

Gaji terkini Guendouzi adalah sekitar £40,000 seminggu tetapi andai beliau menandatangani kontrak baru, gajinya mungkin akan meningkat sekitar £70,000.

Post a Comment

Previous Post Next Post