Mesut Ozil dan Sead Kolasinac mungkin terlepas peluang menentang Burnley dan kebanyakan aksi musim ini.

Mesut Ozil dan Sead Kolasinac terus menjadi sasaran kumpulan samseng London, ancaman keselamatan berterusan.



Selepas 'direhatkan' pada aksi pembukaan liga, dua pemain Arsenal itu mungkin terlepas aksi kedua apabila menerima kunjungan Burnley di Emirates. 

Ketiadaan dua pemain itu dalam skuad Emery ketika berdepan Newcastle dilaporkan berpunca daripada ancaman keselamatan terhadap mereka.

Ini berikutan insiden bulan lalu yang menyaksikan mereka berdua diserang dalam cubaan merompak daripada samseng tempatan.

Susulan itu, kediaman Ozil kini dilaporkan berada dalam pengawasan 24 jam (baca disini - klik) pihak berkuasa selepas penangkapan dua individu minggu lalu, diluar kawasan rumah beliau.

Kediaman Ozil dikawal ketat dengan anjing pengesan turut digunakan.
Menurut laporan Times bertarikh 12 Ogos, wartawan Nadeem Badshah mendedahkan bahawa Ozil dan Kolasinac kini 'terperangkap' dalam 'peperangan kumpulan samseng/gangster tempatan.

Arsenal footballers Mesut Özil and Sead Kolasinac ‘caught in middle of gang dispute’

Malah laporan Times pada 10 Ogos lalu turut mendedahkan bahawa dua individu telah ditangkap diluar kawasan kediaman Ozil dan dliuar kawasan kediaman Kolasinac.

Two men were arrested outside Mesut Ozil’s house on Thursday night causing the security alert that led to the Arsenal midfielder and his teammate, Sead Kolasinac, being left out of the squad for today’s Premier League fixture at Newcastle United.

Laporan itu mendakwa, lelaki tersebut terlibat dalam pergaduhan dengan 'body guard' Ozil di luar kediaman pemain Arsenal itu dan telah dibawa ke balai polis di mana lelaki itu akan didakwa di bawah Seksyen 4a Akta Ketenteraman Awam

Turut dilaporkan bahawa terdapat juga insiden pada hari Rabu (sehari sebelum penangkapan tersebut), tetapi butiran masih tidak jelas.

Manakala laporan BBC pula menamakan lelaki ditangkap itu sebagai "Encik Ercan dan Encik Ekinci, kedua-dua 27 [tahun]".



Beberapa minggu lalu, tersebar video mendedahkan bahawa Ozil dan Sead Kolasinac telah diserang dua individu yang dipercayai cuba merampas kereta Ozil selain cuba menyamun kedua-dua pemain itu.

Dapat dilihat dimana Kolasinac dengan tangan kosong berdepan dengan lelaki bersenjatakan pisau berjaya menghindarkan usaha penyerang itu daripada melakukan apa-apa kerosakan, selain berjaya mempertahankan dirinya dan Ozil.
Hari ini, The Times mengesahkan bahawa ancaman semasa yang diterima Ozil dan Kolasinac adalah berpunca dari kejadian cubaan menyamun dan merampas kereta bulan lalu, dengan kedua-dua pemain Arsenal itu, kini terlibat dalam 'peperangan' antara kumpulan samseng.

Police said that they had received “credible threats” and the decision not to play them because of this is believed to be unprecedented in English football.

Last month the players were the victims of a carjacking attempt by an armed gang on mopeds.

Unknown to the footballers, eastern European gangsters are believed to have warned against any future attacks on the pair. This has led to an escalation of threats by a rival gang.


Selepas direhatkan pada aksi pembukaan liga, kedua-dua pemain itu kemungkinan sekali lagi bakal terlepas aksi minggu ini apabila menentang Burnley.

Unai Emery mengesahkan bahawa Ozil dan Kolasinac mungkin terlepas aksi menentang Burnley yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini (17 Ogos), jam 7.30 malam, waktu Malaysia.

Bercakap selepas kemenangan ke atas Newcastle, Emery berkata:

"Kebajikan pemain dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan kami mengambil keputusan ini selepas perbincangan dilakukan dengan pemain." jelas Unai Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post