Rumah Mesut Ozil dikawal ketat dengan 24 jam pemantauan ekoran faktor keselamatan

RUMAH Mesut Ozil dikawal dan dipantau ketat dengan anjing pengesan juga ditempatkan ekoran faktor keselamatan.



Ozil dan rakan sepasukan, Sead Kolasinac tidak disenaraikan pada aksi pembukaan liga Arsenal menentang Newcastle pada hari Ahad lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris. 

Ozil dan Kolasinac merupakan sahabat baik.
Sebelum itu, kedua-dua pemain tersebut diserang bulan lalu yang menyaksikan mereka berdua direhatkan bagi aksi pra musim, Piala Emirates.

Insiden serangan perompak bulan lalu terhadap Ozil dan Kolasinac.
Dan menjelang aksi pembukaan liga Arsenal, Ozil dan Kolasinac sekali lagi 'direhatkan' ketika menghadapi Newcastle Ahad lalu selepas pihak berkuasa terus melakukan siasatan selepas terdapat ancaman susulan terhadap kedua-dua pemain itu.

Terkini, pasukan keselamatan dilihat meronda disekitar kediaman Ozil yang bernilai £9 juta di Hampstead Heath, dengan pengawasan 24 jam selepas beberapa insiden dilaporkan.

Pasukan keselamat meronda dan mengawasi 24 jam kediaman Ozil.
Malah pihak berkuasa turut menempatkan anjing pengesan diluar kawasan kediaman Ozil bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Unit anjing pengesan juga ditempatkan diluar kawasan kediaman Ozil.
Dan Ozil turut menempatkan 'body guard' yang diupah beliau bagi mengawasi kediaman dan keselamatan beliau selepas insiden bulan lalu, sebelum pihak berkuasa menempatkan pasukan keselamatan mereka.



Ini berikutan, dua saspek telah ditangkap diluar kediaman Ozil minggu lalu.

Ozil dan Kolasinac kini 'terperangkap' dalam ancaman kumpulan gangster selepas tindakan perompak untuk merompak mereka bulan lalu menemui kegagalan.

Dan sebagai tindak balas ekoran kegagalan merompak Ozil dan Kolasinac, kini kumpulan gangster tempatan melancarkan serangan terhadap kedua-dua pemain Arsenal itu yang disifatkan sebagai 'melampaui batas'.

Jika sebelum ini, perompak ataupun gangster (kumpulan samseng) itu mahu merompak kereta dan jam tangan milik pemain Arsenal itu, kini mereka melaungkan amaran untuk merampas semua yang dimiliki oleh kedua-dua pemain itu.

Isteri Kolasinac dilaporkan telah pun kembali ke Jerman selepas ancaman berterusan diterima sebagaimana dilaporkan The Sun.

A source said: “Word came back from the other gangsters that they would not be intimidated. To show they were serious, the thugs issued more threats to the Arsenal players and refused to be cowed. It was thought that originally the robbers wanted their watches but now they have been told that they want everything the pair have.”
--The Sun, 12 Ogos 2019.

Dalam pada itu, sebelum perlawanan menentang Newcastle, pihak Arsenal telah mengeluarkan kenyataan berikut:

"Mesut Özil dan Sead Kolasinac tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad untuk perlawanan pembukaan kami menentang Newcastle United, berikutan 'insiden keselamatan' yang sedang disiasat oleh polis.

"Kebajikan pemain dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan kami mengambil keputusan ini selepas berbincang dengan pemain dan wakil mereka.

"Kami berhubung dengan polis dan menyediakan pemain dan keluarga mereka dengan sokongan. Kami berharap dapat mengalu-alukan pemain kembali ke skuad secepat mungkin. "

Arsenal akan menerima kunjungan Burnley dilaman sendiri, Sabtu ini (17 Ogos 2019), jam 7.30 malam, waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post