Shkodran Mustafi bakal ke Itali dan mungkin kekal disana.

DUA perlawanan pertama liga setakat ini tanpa aksi pertahanan tengah 'kegemaran' peminat dan penyokong Arsenal, Shkodran Mustafi.



Shkodran Mustafi dibawa masuk ke Emirates pada Ogos 2016 dengan nilai perpindahan mencecah £35 juta dari kelab Sepanyol, Valencia.

Memasuki musim keempat bersama The Gunners, khidmat beliau bagaikan tidak lagi diperlukan dan kemungkinan bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini yang masih dibuka untuk kebanyakan liga utama Eropah.

Masa depan pemain pertahanan berusia 27 tahun ini terus menjadi perhatian setelah menerima kecaman daripada kebanyakan peminat dan penyokong Arsenal musim lalu.

Pun begitu, Emery musim lalu tidak mempunyai banyak pilihan pada barisan pertahanan yang dimilikinya menyebabkan khidmat Mustafi hampir digunakan sepanjang saingan musim lalu.

Musim Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
2016–17 38 2 2 3,309'
2017–18 38 3 2 3,263'
2018–19 40 3 - 3,333'

Menurut laporan dari Itali, AS Roma dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Mustafi, namun ianya adalah secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli di akhir tempoh tersebut.

ForzaRoma melaporkan bahawa selepas perbincangan antara Roma dan Mustafi dilakukan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pengarah sukan kelab itu, Gianluca Petrachi kini dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan Arsenal itu.

Laporan itu mengatakan bahawa Mustafi boleh meninggalkan Arsenal dan menyertai Roma secara pinjaman dengan pilihan untuk membelinya pada nilai £20 ke £25 juta.

Manakala satu lagi laporan turut mendedahkan kisah yang sama dengan TMW melaporkan potensi pinjaman terhadap Mustafi pada jendela perpindahan ini dan jumlah bayaran yang terlibat, juga adalah sama seperti laporan ForzaRoma itu tadi.

Dengan kehadiran David Luiz serta gandingan Sokratis Papastathopoulos bersama Calum Chambers menjadi pilihan Emery, peluang buat Mustafi semakin sukar, lebih-lebih lagi aksi pra musim yang agak mengecewakan ditunjukkan beliau ketika menentang Lyon dan Barcelona.

Selain itu, Emery juga memilik Rob Holding dan Konstantinos Mavropanos yang masih dalam proses pemulihan dari kecederaan, serta kehadiran Kieran Tierney mampu memberikan Emery pilihan untuk menggunakan Monreal pada posisi pertahanan tengah sekiranya diperlukan.

Jelas ketika ini Arsenal tidak memerlukan khidmat Mustafi dan tidak terlalu bergantung kepadanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post