Davor Suker, daripada pemenang Kasut Emas Piala Dunia ke Presiden Bolasepak.

SETAHUN selepas membintangi Croatia pada Piala Dunia 1998, Davor Suker menandatangani kontrak bersama Arsenal.


Perpindahan penyerang muda Arsenal, Nicolas Anelka ke Real Madrid pada musim panas tahun 1999 menyaksikan Arsene Wenger membawa masuk penyerang kelab Sepanyol itu, Davor Suker dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £3.5 juta.

*Arsenal melepaskan Anelka ke Real Madrid dengan nilai perpindahan sebanyak £23 juta dan Arsenal membawa masuk Suker dengan nilai £3.5 juta sahaja pada musim yang sama.


Pertukaran pemain tersebut menyaksikan penjaring terbanyak Piala Dunia 1998 itu yang telah menjaringkan enam gol dalam kejohanan tertinggi bolasepak, mengambil alih tugas Anelka di Arsenal.


Namun jangka masa beliau bersama Arsenal tidak begitu lama apabila hanya beraksi untuk tempoh semusim sahaja (1999-2000).

Dan beliau hanya bermula sebanyak 14 kali dalam permulaan (perlawanan) pasukan utama The Gunners, untuk merekodkan jumlah penampilan keseluruhan sebanyak 38 perlawanan, dengan bakinya adalah sebagai pemain gantian.

Pun begitu, beliau masih mampu menjaringkan lapan gol dalam saingan liga walaupun hanya membuat 22 penampilan sahaja.

Secara keseluruhan, beliau telah menjaringkan 11 gol dan tiga bantuan gol sepanjang karier beliau bersama The Gunners.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan
Gol
Bermula dalam
kesebelasan
utama
Pemain
Gantian
(masuk)
Berada dibangku
simpanan
(tidak digunakan)
Minit Beraksi
UEFA Cup 7 - - - 7 - 91'
Premier League 22 8 1 8 14 5 966'
FA Cup 2 - - 2 - - 210'
League Cup 1 1 - 1 - - 120'
Champions League 6 2 2 3 3 - 275'
JUMLAH 38 11 3 14 24 5 1.662'


SEBELUM MENYERTAI ARSENAL

Suker memula karier bolasepaknya di tempat kelahiran beliau, Osijek bersama kelab NK Osijek pada tahun 1984. 

Lima tahun kemudian (1989), beliau berpindah menyertai kelab Dinamo Zagreb, di mana disinilah kelibat beliau mula menjadi perhatian kelab-kelab Eropah lain.

Dalam tempoh dua musim bersama kelab tersebut, Suker telah menjaringkan 34 gol dalam 60 penampilan Liga Yugoslavia. 

Kehebatan beliau itu menyaksikan dirinya dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Yugoslavia buat pertama kali pada tahun 1990 dan beliau sebelum itu mewakili skuad kebangsaan Olimpik Yugoslavia pada tahun 1988.

Aksi cemerlang beliau menyebabkan kelab Sepanyol, Sevilla terpikat dan akhirnya Suker menyertai kelab tersebut pada tahun 1991.

Reputasi cemerlang beliau bersama Sevilla dalam tempoh lima musim dengan menjaringkan 81 gol membuatkan gergasi Sepanyol, Real Madrid bertindak mendapatkan beliau pada musim keenam Suker di La Liga.

Selama tiga musim bersama Madrid, Suker telah menjaringkan 49 gol dalam 111 penampilan beliau dan kemasukan Anelka menyaksikan beliau akhirnya berpindah menyertai Arsenal pada tahun 1999, setahun selepas beliau menjadi pemenang Kasut Emas Piala Dunia 1998.

MUSIM KELAB PENAMPILAN JARINGAN BANTUAN GOL
1984–1989 Osijek 91 40 n/a
1989–1991 Dinamo Zagreb 60 34 n/a
1991–1996 Sevilla 162 81 -
1996–1999 Real Madrid 111 49 2
1999–2000 Arsenal 38 11 3
2000–2001 West Ham United 12 2 -
2001–2003 1860 Munich 30 8 6
JUMLAH 505 225 12



SELEPAS BERSAMA ARSENAL

Beliau menyertai West Ham pada tahun 2000, setelah menamatkan tempoh semusim bersama Arsenal dengan sedikit kekecewaan kerana gagal menjadi pemain utama The Gunners.

Pun begitu bersama kelab baru, beliau sekali lagi mengalami kekecewaan dan boleh dikatakan semakin teruk apabila gagal menembusi skuad utama serta jarang digunakan sepanjang bersama kelab itu.

Beliau hanya membuat 12 penampilan sahaja dengan dua gol berjaya dijaringkan beliau untuk West Ham serta mengakhiri karier bolasepaknya di England selepas meninggalkan pasukan ini dengan menyertai kelab Jerman, 1860 Munich pada tahun 2001.

Namun dengan usia 33 tahun, Suker gagal membuat debutnya di Bundesliga sehinggalah perlawanan ke-15 musim itu, pada 1 Disember 2001, dimana beliau bermain sepanjang 90 minit ketika 1860 Munich mencatatkan kemenangan dilaman sendiri, 1-0 ke atas Energie Cottbus. 

Dan beliau menjaringkan gol pertama beliau bersama kelab Jerman itu selepas liga berehat (musim sejuk) pada kemenangan 3-0 keatas Kokln, dengan gol ketiga dijaringkan beliau.

Pada musim terakhir beliau (2002-03), Suker tetap gagal bermain untuk kelab itu secara konsisten dan jarang digunakan.

Beliau hanya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan Bundesliga sepanjang musim itu.

Dalam dua musim bersama 1860 Munich, beliau juga membuat sebanyak lima penampilan Piala Jerman di mana dia berjaya menjaringkan tiga gol.

Selepas itu, beliau mengumumkan persaraan beliau selaku pemain bolasepak pada tahun 2003.



SELEPAS BERSARA
Suker menubuhkan akademi bolasepaknya sendiri, akademi Bola Sepak Davor Suker di Zagreb, dengan kem latihan di Zagreb dan beberapa bandaraya lain di Kroasia. 

Beliau merupakan satu-satunya pemain Croatia yang dinamakan di dalam Senarai FIFA 100 yang menyenaraikan 125 Pemain Bolasepak Terhebat yang dipilih oleh Pele.

Selain itu, Davor Suker juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Crotian yang disandang beliau semenjak Julai 2012 hingga kini.

*FIFA 100 adalah senarai 125 pemain bolasepak terhebat pada tahun 2004 yang dipilih oleh Pelé untuk ulang tahun ke-100 FIFA. 

Pele telah diminta untuk memilih 50 pemain yang telah bersara dan 50 pemain yang masih aktif untuk disenaraikan seramai 100 pemain pada ulang tahun ke-100 FIFA. 

Walau bagaimanapun Pelé mendapati terlalu sukar untuk memilih hanya 50 bekas pemain bolasepak sehingga senarai itu akhirnya menjadi seramai 125 pemain dengan 75 merupakan bekas pemain. 

Senarai itu mengandungi dua pemain wanita, dimana kedua-duanya dari Amerika Syarikat.


Post a Comment

Previous Post Next Post