Penjelasan Unai Emery mengapa David Luiz direhatkan ketika menentang Newcastle

UNAI EMERY menjelaskan mengapa David Luiz tidak membuat debut Arsenal menentang Newcastle.



Pengendali Arsenal, Unai Emery berkata bahawa David Luiz terpaksa menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk membuat penampilan sulung bersama The Gunners.

Ini kerana prestasi gandingan Callum Chambers dan Sokratis pada aksi pra-musim sangat mengagumkan dan memberi keyakinan kepada pengendali itu untuk menurunkan serta menggunakan gandingan pemain itu.


Gandingan itu berjaya membantu The Gunners mengekalkan gawang yang dikawal Bernd Leno daripada dibolosi pada kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United, Ahad lalu.

"Tahun lalu untuk Calum Chambers adalah tahun yang sangat baik," kata Emery. 

"Dia memainkan semua perlawanan bersama Fulham, dia beraksi pada posisi pertahanan tengah dalam tiga dan dua, sebagai pemain tengah bertahan.

"Pada aksi pra-musim, dia layak bermain hari ini. Dia sangat fokus dan dengan Sokratis juga, sangat serius.

"Saya mahu mempunyai pemain yang sangat berdaya saing dalam setiap kedudukan [posisi], dengan David Luiz, dengan [Rob] Holding apabila dia sedia untuk membantu kami, latihan secara teratur [tetap] dan mempunyai minit permainan."

Holding kini menyertai latihan bersama pasukan U23 Arsenal bagi mengembalikan kecergasan beliau sebelum sedia kembali bersama skuad utama Arsenal tidak lama lagi.

However, Emery has revealed Holding will play for the Under-23s in a match on Monday against Blackburn, while he believes Bellerin will make a comeback in around a month.
--Mirror, 12 Ogos 2019.  

Post a Comment

Previous Post Next Post