Penyokong Liverpool, Arsenal, Spurs dan Chelsea tuntut perubahan pada perlawanan akhir UEFA.

DUA SITUASI berbeza dialami pada final kejohanan yang dianjurkan UEFA musim lalu.



Bukan pasukan manakah yang menjuarai dua kejohanan itu menjadi isu, namun ianya adalah berkenaan situasi yang dihadapi penyokong-penyokong dalam menghadiri perlawanan final tersebut.

Perlawanan final Piala UEFA musim lalu menyaksikan Arsenal bertemu Chelsea yang diadakan di Baku, Azerbaijan.

Manakala perlawanan final Liga Juara-Juara pula menyaksikan Liverpool bertemu Tottenham yang diadakan di Madrid, Sepanyol.

Ekoran kesukaran yang dihadapi dengan melibatkan penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan  akhir itu, pihak UEFA telah menerima tuntutan daripada penyokong Tottenham, Chelsea, Liverpool dan Arsenal yang meminta mereka meningkatkan mutu pengurusan dalam mengendalikan perlawanan akhir dua kejohanan Eropah itu.

Peminat Arsenal dan Chelsea berdepan kesukaran dengan masalah logistik untuk pergi menyaksikan perlawanan tersebut di Baku walaupun diperuntukan tiket untuk perlawanan itu telah pun diberikan UEFA kepada mereka.

Situasi berbeza pula dialami oleh penyokong dan peminat Liverpool dan Tottenham dimana mereka mengalami kesukaran dalam mendapatkan tiket untuk aksi final Liga Juara-juara di Madrid, Sepanyol.


Dan pemilihan lokasi bagi perlawanan akhir juga menjadi kontroversi dan dipertikaikan oleh bukan sahaja peminat, malahan juga pengurusan kelab yang terlibat.

Arsenal terpaksa melupakan khidmat Henrikh Mkhitaryan pada perlawanan akhir musim lalu akibat pemilihan lokasi perlawanan akhir yang dianggap tidak bijak memandangkan negara tersebut  mengalami ketegangan politik melibatkan Azerbaijan dan Armenia

Selain Arsenal melalui Arsenal Supporters' Trust, menyertai tuntutan yang dibuat terhadap UEFA adalah Chelsea Supporters' Trust, Spirit of Shankly (Liverpool) dan Tottenham Hotspur Supporters' Trust.



Kesemua mereka (kelab penyokong empat pasukan itu) menggesa pihak UEFA melakukan perubahan dalam menguruskan perlawanan akhir pada musim ini dan seterusnya.

"Reaching a UEFA Champions League or Europa League final should be a wonderful experience for a club's supporters. Instead, they can face a struggle just to attend the match.

"Problems range from inadequate numbers of tickets being awarded to the finalists, through to all-but-impossible travel arrangements.

"Too often fans who had supported their clubs in every round up to the final were left out of pocket or not able to attend the final at all."
Berikut adalah tuntutan yang dibuat oleh kelab-kelab penyokong tersebut dalam mengutarakan pendapat dan kemahuan mereka terhadap UEFA dalam meningkat mutu pengurusan berkaitan perlawanan akhir.



Post a Comment

Previous Post Next Post