Selambe je Zenit nganjing Roma dalam video dorang umumkan Malcom.


MASIHKAH anda ingat mengenai Malcom? Pemain kelab Bordeaux yang menjadi 'kegilaan' pada satu ketika dahulu?



Pemain muda Brazil ini menjadi buruan beberapa kelab ternama Eropah termasuklah Arsenal, namun akhirnya Malcom sah menjadi milik Barcelona pada jendela perpindahan musim lalu.

Barcelona menandatangani Malcom dari Bordeaux dengan bayaran perpindahan sebanyak £36.5 juta
Walaupun pada Januari 2018, Arsenal dilaporkan sedia untuk membawa pemain Bordeaux, Malcom sertai The Gunners namun, kelab yang paling hampir menandatangani beliau adalah AS Roma.

Arsenal have scheduled a meeting with Bordeaux to discuss a potential deal for Brazilian forward Malcom, Sky in Italy are reporting.
-- Sky Sports (11 Januari 2018).

Jika dibandingkan kisah Malcom yang dikatakan menjadi buruan Arsenal dengan Roma yang hampir pasti mendapatkannya, sudah pasti peminat kelab Itali itu merasai keperitan menonton video yang dikeluarkan Zenit dalam mengumumkan Malcom menjadi milik kelab Rusia itu.

Roma, satu ketika (lebih kurang tarikh 22 Julai 2018) begitu yakin dapat menandatangi pemain itu apabila hanya menantikan Malcom datang untuk menjalani ujian kesihatan bersama mereka, selepas segala rundingan telah pun selesai namun kecewa apabila Barcelona berjaya menyailang pemain tersebut.



Terkedu Pengarah Sukan Roma, Mochi menyaksikan pengumuman dibuat Barcelona pada 24 Julai mengenai kejayaan mereka menandatangani Malcom, saat beliau begitu yakin pemain itu menjadi milik Roma.

It is easy to explain, but hard to understand, We reached an agreement [on Monday] with the player, his agent and Bordeaux. He was due to arrive for his medical at 11pm. Everything was done, so we were calm and confident.”  Monchi said.
-- The Guardian (24 Julai 2018).

Dan video pengumuman Zenit yang berjaya menandatangani Malcom daripada Barcelona sudah pasti menyakitkan mereka.

Anda dapat melihat dalam video itu dimana Zenit meletakan Malcom beraksi / pernah mewakili Roma selama dua hari - Roma 22-23.07.2018.
Malcom mungkin menjadi pemain Roma namun Barcelona membuat tawaran yang lebih baik dan merampas pemain muda itu daripada mereka di saat akhir.

Gambaran pada video pengumuman tersebut, jelas memaparkan Malcom penah bersama Roma.
Apa komen anda? Menganjing ke tak?

Post a Comment

Previous Post Next Post