BERAKHIRNYA urusan perpindahan pemain dengan kelab-kelab kini tidak lagi melakukan sebarang aktiviti jual beli mahupun melakukan pinjaman.
Sudah pasti pada jendela perpindahan ini terdapat kelab yang tidak kisah untuk membelanja mewah bagi mendapatkan pemain yang dikehendaki bagi memperkukuhkan skuad.
Dan sudah tentu juga terdapat kelab yang menerima pulangan mewah hasil jualan pemain yang dikehendaki kelab lain, baik secara rela mahupun tidak rela.
Secara keseluruhannya, sebelas pemain berada dalam Top 10 pemain termahal pada jendela perpindahan musim panas baru ini dengan hampir £1 billion dibelanjakan oleh kelab bolasepak Eropah, Romelu Lukaku dan Joao Cancelo berkongsi nilai yang sama.
Eden Hazard dan Antoine Griezmann merupakan pemain paling tua dikalangan senarai Top 10 pemain termahal (berusia 28 tahun) dan paling mengejutkan dimana pemain berusia 19 tahun, João Félix menjadi pemain paling mahal pada edisi perpindahan musim panas kali ini (2019).
Dan purata umur pemain termahal ini adalah berusia 24 tahun dengan nilai £77.99 juta, juga secara purata.

Berikut adalah senarai 10 pemain paling mahal dijual pada jendela perpindahan musim panas 2019:
Rank. | Pemain | Umur | Dari Kelab | Ke Kelab | Nilai Perpindahan |
---|---|---|---|---|---|
10. | Romelu Lukaku | 26 tahun | Man.United | Inter Milan | £58.5 juta |
10 | Joao Cancelo | 25 tahun | Juventus | Man.City | £58.5 juta |
9 | Rodri | 23 tahun | Atletico Madrid | Man.City | £63 juta |
8 | Frenkie de Jong | 22 tahun | Ajax | Barcelona | £67.5 juta |
6 | Nicolas Pépé | 24 tahun | Lille | Arsenal | £72 juta |
6 | Lucas Hernandez | 23 tahun | Atletico Madrid | Bayern Munich | £72 juta |
5 | Matthijs de Ligt | 20 tahun | Ajax | Juventus | £76.95 juta |
4 | Harry Maguire | 26 tahun | Leicester City | Man.United | £78.3 juta |
3 | Eden Hazard | 28 tahun | Chelsea | Real Madrid | £90 juta |
2 | Antoine Griezmann | 28 tahun | Atletico Madrid | Barcelona | £107 juta |
1 | João Félix | 19 tahun | Benfica | Atletico Madrid | £114.1 juta |
JUMLAH : | £857.85 juta |
Dikalangan 11 pemain termahal yang berada dalam senarai TOP 10 itu, ianya dimiliki oleh sembilan kelab dengan Barcelona paling banyak berbelanja apabila mengeluarkan £174.5 juta untuk dua pemain termahal, menyumbang sebanyak 20% daripada nilai keseluruhan senarai itu.
Manchester City berada ditangga kedua dengan membelanjakan £121.5 juta, juga untuk dua pemain yang berada dalam senarai Top 10 termahal musim panas 2019, memberikan 14.2% nilai keseluruhan daripada senarai tersebut.
Manakala Atletico Madrid pula, menyumbang 13.3% perbelanjaan senarai tersebut dengan mengeluarkan £114.1 juta dan hanya untuk seorang pemain sahaja.

Senarai kelab paling banyak berbelanja dalam senarai TOP 10 pemain termahal musim panas 2019 adalah seperti berikut:
Rank. | Kelab | Jumlah Pemain | Nilai dibelanjakan |
---|---|---|---|
1 | Barcelona | 2 | £ 174.5 juta |
2 | Man.City | 2 | £ 121.5 juta |
3 | Atletico Madrid | 1 | £ 114.1 juta |
4 | Real Madrid | 1 | £ 90 juta |
5 | Man.United | 1 | £ 78.3 juta |
6 | Juventus | 1 | £ 76.95 juta |
7 | Arsenal | 1 | £ 72 juta |
8 | Bayern Munich | 1 | £ 72 juta |
9 | Inter Milan | 1 | £ 58.5 juta |
Pun begitu, Atletico Madrid menerima pulangan tertinggi bagi senarai TOP 10 pemain termahal dijual pada musim panas 2019 apabila tiga pemain yang dilepaskan mereka memberikan £242 juta.
Dan jika ditolak dengan pembelanjaan yang dibuat untuk pemain yang berada dalam senarai termahal itu, mereka masih menjana pendapatan sebanyak £127.9 juta.
Ajax pula, menerima pendapatan hasil penjualan dua pemain mereka sebanyak £144.45 juta diikuti Benfica dengan menerima sebanyak £114.1 juta hasil daripada penjualan João Félix.
Berikut adalah kedudukan kelab yang menerima pendapatan tertinggi hasil penjualan pemain yang berada dalam senarai TOP 10 termahal musim panas 2019.

Rank. | Nilai Pendapatan | Pemain |
---|---|---|
Atletico Madrid | £63 juta | Rodri |
Atletico Madrid | £72 juta | Lucas Hernandez |
Atletico Madrid | £107 juta | Antoine Griezmann |
JUMLAH | £242 juta | |
Ajax | £67.5 juta | Frenkie de Jong |
Ajax | £76.95 juta | Matthijs de Ligt |
JUMLAH | £144.45 juta | |
Benfica | £114.1 juta | João Félix |
Chelsea | £90 juta | Eden Hazard |
Leicester City | £78.3 juta | Harry Maguire |
Lille | £72 juta | Nicolas Pépé |
Man.United | £58.5 juta | Romelu Lukaku |
Juventus | £58.5 juta | Joao Cancelo |