PENYERANG Arsenal, Eddie Nketiah dedahkan bagaimana dia 'mengabaikan' Unai Emery sebelum menyertai Leeds United.
Eddie Nketiah menyertai Leeds United secara pinjaman pada 8 Ogos 2019 untuk tempoh semusim dan dalam laporan terkini, beliau mendedahkan bahawa dia tidak mempedulikan rancangan Unai Emery musim ini untuk dirinya.
Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan tiga gol untuk Leeds dalam hanya lima penampilan, memilih untuk menyertai kelab yang bersaing dalam saingan Championship bagi meningkatkan peluangnya beraksi dalam pasukan utama.
Beliau yang turut mewakili skuad kebangsaan England U21 dimaklumkan oleh Emery bahawa dia akan mewakili skuad utama Arsenal musim ini, tetapi memutuskan langkah yang lebih baik untuk pembangunannya.
Eddie Nketiah’s second goal for the England u21s against Turkey tonight #AFCpic.twitter.com/gJGQWlxTKk— Dan Critchlow (@afcDW) September 6, 2019
"Pengurus mahu saya kekal, jadi ianya memberikan keyakinan diri bahawa saya akan berada dalam perancangannya," kata Nketiah kepada Daily Mail.
"Tetapi saya rasa ia adalah satu langkah yang baik untuk saya sertai Leeds.
"Saya harap ia adalah tahun yang baik yang boleh memberikan saya peningkatan untuk kembali ke Arsenal bagi bersaing merebut tempat musim depan.
"Terdapat banyak pilihan, ada pilihan bagi saya untuk pergi ke Jerman.
"Saya, keluarga saya dan kelab memutuskan Leeds adalah tempat terbaik."
Eddie Nketiah has revealed that Unai Emery wanted him to stay at Arsenal, but the talented English forward left on loan to get regular football to further enhance his game. Player says he wants to have a good season and fight for an Arsenal first team place next season. [Mail] pic.twitter.com/a1eCBQtIZN— LTArsenal™ (@ltarsenal) September 7, 2019
Rekod penampilan Nketiah setakat ini
ARSENAL | Minit Beraksi | Jaringan | Bantuan Gol | Purata gol / bantuan gol per minit |
---|---|---|---|---|
U18/U21/Senior | 5,089 | 56 | 12 | 75 minit |
England | Minit Beraksi | Jaringan | Bantuan Gol | Purata gol / bantuan gol per minit |
(U18/19/20/21) | 1,991 | 23 | 4 | 74 minit |
Leeds | Minit Beraksi | Jaringan | Bantuan Gol | Purata gol / bantuan gol per minit |
(U23/Senior) | 271 | 4 | 0 | 68 minit |
Nketiah dalam pada itu juga memuji Ian Wright atas bimbingannya dan memuji komunikasi yang sentiasa dilakukan.
Eddie Eddie!!!!!!!!! ♥️ pic.twitter.com/pTssK678Fq— Ian Wright (@IanWright0) August 21, 2019
"Saya rasa seperti pada tahun lepas atau dia mula berkomunikasi lebih banyak lagi.
"Dia menghantar mesej kepada saya, bertanya khabar saya, bagaimana saya menyesuaikan diri di Leeds.
"Mimpi ini menjadi kenyataan untuk mempunyai seorang wira anda yang bercakap dengan anda.
"Ia mengenai mengekspresikan diri saya dan tips untuk menjadi penyerang.
Jelas sekali Nketiah amat selesa dan gembira dengan perhatian yang diberikan serta ditunjukkan oleh lagenda kelab, Ian Wright terhadap diri.
Dan sudah tentu ianya memberikan kelebihan kepada dirinya dalam membentuk menjadi seorang pemain bolasepak berjaya.
Ian Wright regularly watches Eddie Nketiah and gives him mentorship on how he can improve and tap more into his potential. Nketiah calls him 'one of his heroes.' Great to see a club legend taking such an active interest, despite not having any official coaching role at the club. pic.twitter.com/88xWOc4iXT— LTArsenal™ (@ltarsenal) September 6, 2019
Seterusnya bagi Nketiah dan Leeds adalah perjalanan ke Barnsley pada 15 September bagi perlawanan ketujuh liga - Championship.
Leeds United ketika ini berada ditangga ke-3 liga dengan mengumpul 13 mata.
Leeds United ketika ini berada ditangga ke-3 liga dengan mengumpul 13 mata.
Pos. | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Swansea City | 6 | 5 | 1 | 0 | 12 | 4 | +8 | 16 |
2 | Charlton Athletic | 6 | 4 | 2 | 0 | 11 | 5 | +6 | 14 |
3 | Leeds United | 6 | 4 | 1 | 1 | 10 | 3 | +7 | 13 |
4 | West Bromwich Albion | 6 | 3 | 3 | 0 | 10 | 7 | +3 | 12 |
5 | Bristol City | 6 | 3 | 2 | 1 | 11 | 8 | +3 | 11 |
6 | Fulham | 6 | 3 | 1 | 2 | 10 | 5 | +5 | 10 |