TEKA-TEKI mengenai kapten Arsenal akhirnya terjawab dengan Unai Emery telah melantik Granit Xhaka untuk mengetuai pasukan musim ini.
Arsenal akhirnya mempunyai kapten baharu. 😁
Menurut BBC Sport, David Ornstein, skuad Arsenal dimaklumkan mengenai keputusan pada pagi tadi (Jumaat).
Exclusive: Arsenal head coach Unai Emery has named Granit Xhaka as permanent captain. Consulted players before relaying final decision to squad this morning. Xhaka has led #AFC in 6/8 games this season + turned 27 today. Vice not finalised, hearing between Lacazette & Aubameyang— David Ornstein (@bbcsport_david) September 27, 2019
Xhaka telah mengetuai The Gunners dalam enam daripada lapan perlawanan mereka setakat musim ini dan merupakan salah satu daripada lima pemain yang dimasukkan dalam kumpulan 'kapten pasukan' oleh Unai Emery musim lalu.
Tiga pemain daripada kumpulan kapten musim lalu, Laurent Koscielny, Petr Cech dan Aaron Ramsey telah pun meninggalkan kelab sementara Mesut Özil masih berjuang untuk beraksi dalam pasukan utama.
Ketua jurulatih Arsenal itu dilaporkan meminta kesemua pemain Arsenal untuk mengundi siapa yang layak untuk mengambil armband itu dan Rob Holding mengakui Xhaka sangat dihormati di bilik persalinan The Gunners.
"Xhaka hebat," kata Holding kepada Evening Standard minggu ini.
"Saya fikir dia seorang pemimpin yang hebat dan orang positif yang ada di dalam bilik persalinan.
"Dia sangat menuntut dan membuat desakan terhadap kita. Dia meletakkan akauntabiliti pada diri sendiri, yang penting sebagai pemimpin. Saya suka Granit di bilik persalinan. "
Arsenal dijangka mengumumkan kumpulan kapten baru dengan pemain seperti Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang mungkin dimasukkan ke dalam kumpulan kapten musim ini.