Laporan Perlawanan: Arsenal Women (2) - (0) Fiorentina Women

Laporan Second Leg Pusingan 32 Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara Eropah Wanita 2019/20

Arsenal Women (2) - (0) Fiorentina Women [aggregate 6-0]
27 September 2019
Meadow Park

Penjaring gol:
43' Kim Little (penalti)
74' Vivianne Miedema

Senarai kesebelasan utama: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Lisa Evans, Viktoria Schnaderbeck, Jennifer Beattie, Katie McCabe, Leah Williamson'67, Danielle Van de Donk '78, Jill Roord'67, Kim Little (C), Beth Mead, Vivianne Miedema.

Simpanan: Manuela Zinsberger (GK), Emma Mitchell ▲'78, Lia Walti ▲'67, Leonie Maier, Jordan Nobbs ▲'67


Danielle van de Donk

Arsenal Women mara ke pusingan 16 pasukan terakhir selepas menewaskan kelab Itali, Fiorentina Women, dengan keputusan akhir 2-0 di laman sendiri, menang aggregate 6-0.
Ketua pasukan, Kim Little meletakkan pasukannya di hadapan, menyempurnakan sepakan penalti hasil bola terkena tangan dalam kotak penalti, dan Little mudah menewaskan penjaga gol lawan, Francesca Durante sebelum tamat separuh masa pertama.

Penyerang prolifik Belanda, Vivianne Miedema menggandakan jaringan gol pada minit ke-74 untuk memastikan kemenangan selesa pasukannya.

Walaupun telah mendahului aggregate 4-0, anak buah Joe Montemurro mendapat tentangan hebat dari lawannya, memberikan tekanan awal menunjukkan kesungguhan mereka dalam perlawanan ini bukan sekadar perlawanan menjaga maruah pasukan.

'Mereka bermain dengan lebih bebas. Mereka berani untuk menyerang tetapi kami lebih bijak untuk menyerap tekanan daripada mereka dan mencari ruang untuk mematahkan serangan mereka,' kata Montemurro.

Kim Little
Pengurus Fiorentina, Antonio Cincotta berkata: "Pertamanya, kami sudah tahu memang agak mustahil untuk mengejar Arsenal. Mereka sebuah pasukan yang sangat kuat secara fizikal, pemain-pemain mereka juga hebat.

"Tetapi saya gembira, kerana kami tewas 4-0 di stadium kami sendiri pada dua minggu lepas. Harini kami datang ke stadium Arsenal dan cuba menunjukkan mentaliti mahu menang kami. Kami cuba melakukan high press sebanyak mungkin. Kami cuba bermain formasi 3-4-3. Ianya idea yang bodoh dua jam yang lepas, tetapi kini kami menunjukkan yang sebaliknya."

Fiorentina lebih banyak melakukan serangan di sebelah kanan padang, namun Stephanie Breitner, Frederikke Thogersen dan Alia Guagni bergelut untuk melepasi Katie McCabe.

Cincotta memberikan arahan dan semangat dengan penuh bertenaga di tepi padang bagi memastikan anak buahnya mengeluarkan setiap kudrat mereka dalam perlawanan ini.

Arsenal Women mula mendapat peluang pertama mereka apabila Danielle van de Donk berjaya memberikan hantaran kemas kepada Little namun rembatan separa volinya tidak tepat ke arah gol.

Beth Mead juga membuat kacau di kawasannya dan membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti sampai kepada Miedema, namun percubaannya sedikit tersasar dari gol.

Penjaga gol Arsenal, Pauline Peyraud-Magnin telah diuji oleh pasukan pelawat, apabila Greta Adami melakukan percubaan dari pinggir kotak penalti namun dapat diselamatkan dengan kemas.

Jordan Nobbs juga hampir menjaringkan gol selepas dimasukkan pada separuh masa kedua, namun percubaan menariknya terbang tinggi.

Lisa Evans (kiri) dan Katie McCabe

Post a Comment

Previous Post Next Post