KETIKA artikel ini ditulis, keputusan undian masih belum diumumkan secara rasmi mengenai siapakah yang layak untuk mengalas jawatan kapten pasukan musim ini.
Belum pun kita semua mengetahui mengenai keputusan rasmi undian tersebut, timbul kembali kisah mengenai perpindahan Mesut Ozil.
Pun begitu terdapat laporan tidak rasmi yang mengatakan Unai Emery telah memilih dan melantik Granit Xhaka sebagai kapten tetap pasukan musim ini - baca disini.
Pun begitu terdapat laporan tidak rasmi yang mengatakan Unai Emery telah memilih dan melantik Granit Xhaka sebagai kapten tetap pasukan musim ini - baca disini.
Ozil merupakan salah seorang daripada lima kapten yang dipilih Emery musim lalu dan musim ini beliau turut diberikan peranan tersebut (secara tidak rasmi).
Namun tugas selaku kapten itu hanya dipikul Ozil ketika menentang Nottingham Forest dalam saingan Piala Carabao baru-baru ini.
Walaupun jendela perpindahan telah lama ditutup dan juga masih jauh untuk dibuka bagi jendela perpindahan kedua (musim sejuk), pun begitu media Itali secara tiba-tiba melaporkan bahawa Unai Emery mahu menjual Ozil.
Menurut Calcio Mercato, mereka mendakwa The Gunners ingin menjual pemain tengah itu kerana tidak sesuai dengan corak taktikal pengendali pasukan, Unai Emery.
Menariknya, laporan tersebut tersangatlah pendek namun ianya mendapat perhatian media Inggeris yang turut melaporkan kisah tersebut.
Ozil walaupun dilaporkan tidak lagi diperlukan Unai Emery, namun beliau tetap setia bersama Arsenal dan mahu menamatkan kontraknya yang masih berbaki sehingga Jun 2021.
Malahan laporan sebelum ini turut mengatakan bahawa Emery masih memerlukan khidmat pemain ini dan menafikan kisah penjualan tersebut.
Laporan Calcio Mercato itu turut menjelaskan bahawa kelab China, Turki dan Amerika berminat mendapatkan Ozil.
Laporan Calcio Mercato yang dikeluarkan semalam. |
*Google Translate: Arsenal has decided to put Mesut Ozil on sale. Trequartista class 1988, expiring in 2021, does not fit into Emery's plans. There are Turkish, Chinese and American clubs on him.
Ozil berpindah ke Emirates dari Real Madrid pada September 2013 tetapi gagal untuk mendapatkan tempat setelah Unai Emery mengambil alih tugas ketua jurulatih musim lalu.
Pemain berusia 30 tahun itu hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana musim ini dan dimasukkan ke dalam pasukan muda yang menewaskan Nottingham Forest 5-0 dalam saingan Piala Carabao pada hari Selasa.
Pengurus akademi Arsenal dan bekas kapten, Per Mertesacker, minggu lalu mendedahkan punca mengapa Ozil masih gagal memulakan aksi dalam kebanyakan perlawanan musim ini.
"Saya berharap Mesut dapat menyesuaikan dan memperolehi kecergasan," kata Mertesacker.
"Unai memerlukan tahap kecergasan tertentu.
"Unai adil kepada semua orang. Anda perlu memberikan tahap kecergasan tertentu barulah anda dapat bermain.
"Unai cuba membantunya, dia bercakap dengannya. Dia berkata: 'Anda perlu berlatih ke tahap tertentu setiap hari. Saya memerlukan anda cukup cergas, jika tidak, anda tidak akan bermain.'
"Itulah apa yang saya lihat, dia meletakkan dia di dalam skuad tetapi kemudian meninggalkannya di bangku simpanan. Jika dia berlatih pada tahap yang diperlukan, dia boleh bermain.
"Secara peribadi, saya berpuas hati dengannya apabila Mesut cukup cergas. Dia adalah salah seorang pemain terbaik kita, dia perlu berada di sana, kita perlu membina pasukan di sekelilingnya dan menjadikannya lebih kuat."
Prestasi Arsenal musim ini masih dilihat tidak stabil dan tidak menyakinkan walaupun berada ditangga keempat liga ketika ini.
Arsenal perlu mempamerkan 'kegarangan' sebagaimana yang pernah kita lihat bagi mencabar kejuaraan dan seterusnya melayakkan diri untuk beraksi pada kejohanan Liga Juara-Juara musim depan.
Arsenal perlu mempamerkan 'kegarangan' sebagaimana yang pernah kita lihat bagi mencabar kejuaraan dan seterusnya melayakkan diri untuk beraksi pada kejohanan Liga Juara-Juara musim depan.
The Gunners telah memenangi tiga daripada enam perlawanan pembukaan musim ini dan akan berkunjung ke Old Trafford pada hari Selasa bagi menghadapi Manchester United jam 3 pagi waktu Malaysia.
Pun begitu, tindakan media yang melaporkan bahawa Arsenal mahu melepaskan/menjual Mesut Ozil pada ketika ini juga mengundang persoalan memandangkan jendela perpindahan telah pun ditutup.
Dan untuk menunggu jendela perpindahan kedua, ianya masih teramat jauh untuk dilaporkan berita mengenai ini. 😕
Pun begitu, tindakan media yang melaporkan bahawa Arsenal mahu melepaskan/menjual Mesut Ozil pada ketika ini juga mengundang persoalan memandangkan jendela perpindahan telah pun ditutup.
Dan untuk menunggu jendela perpindahan kedua, ianya masih teramat jauh untuk dilaporkan berita mengenai ini. 😕