Alexandre Lacazette akan diketepikan dalam beberapa perlawanan akan datang akibat kecederaan buku lali.
Beliau dijangka akan berehat sehingga bulan Oktober, sudah pasti tidak akan bermain menentang Watford, dan perlawanan pertama peringkat kumpulan Europa League menentang Frankfurt, dan kemungkinan dua perlawanan liga lagi.
Lacazette mempunyai masalah berterusan pada buku lalinya dan telah diberitahu oleh pihak kelab untuk berehat sambil memperkuat buku lalinya sebelum dibenarkan bermain.
Penyerang Perancis ini sudah menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan PL setakat ini.
Situasi Lacezette bermakna Arsenal mempunyai hanya seorang penyerang senior dalam skuad iaitu Pierre-Emerick Aubameyang.
Dalam satu kenyataan Arsenal: 'Selepas beberapa pemeriksaan ke atas masalah berterusan pada buku lalinya, kami menasihati Alex untuk berehat dan memperkuat buku lalinya untuk mendapat kecergasan penuh.
'Alex sudah bermain dengan kecederaan ini selama beberapa minggu. Beliau kemungkinan akan kembali beraksi pada bulan Oktober.
Harapan Lacazette tidak berehat lebih lama kerana beliau seorang pemain yang sangat penting terutama dalam perlawanan-perlawanan getir dan besar. Semoga cepat sembuh Laca!