Laporan Perlawanan: Fiorentina Women (0) - (4) Arsenal Women

Laporan First Leg Pusingan 32 Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara Eropah Wanita 2019/20

Fiorentina Women (0) - (4) Arsenal Women
12 September 2019
Stadium Artemio Franchi
Penjaring gol:
18' Vivianne Miedema
32' Kim Little
51' Vivianne Miedema
55' Lisa Evans

Arsenal Women berjaya mendapatkan keputusan yang hebat dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah Wanita 2019/20 menentang Fiorentina Women.

Mereka diundi menentang Fiorentina dalam pusingan 32 pasukan terbaik UCL musim ini dengan perlawanan pertama dijadualkan bermain di Itali pada 12 September sebelum perlawanan timbal balik di Arsenal dua minggu kemudian.

Kali terakhir mereka bermain dalam perlawanan UCL adalah pada 30 Mac 2014, namun kehilangan selama 1992 hari tersebut tidak dirasai setelah berjaya membuka jaringan seawal minit ke-18 perlawanan menerusi penyerang berbisa dari Belanda, Vivianne Miedema.

Selepas menguasai di pinggir kawasan Fiorentina, Miedema menerima bola dalam kotak penalti lawan dan membuat sepakan palsu sebelum menukar kepada kaki kanannya dan merembat masuk ke bucu bawah kiri gol.

Tekanan serangan berterusan ke kem Fiorentina berhasil apabila Miedema membuat hantaran licik kepada Kim Little yang membuat rembatan pantas ke bucu gol lawan, menewaskan penjaga gol lawan Francesca Durante.

Saat terbaik pasukan tuan rumah pada separuh masa pertama hadir apabila trio Lisa De Vanna, Janelle Cordia dan Frederikke Thorgersen membuat hantaran pantas di antara mereka di sebelah kanan padang dan memberikan masalah kepada Katie McCabe.




Senarai kesebelasan utama: Manuela Zinsberger (GK), Leonie Maier, Jennifer Beattie, Katie McCabe, Leah Williamson, Danielle Van de Donk '74, Jill Roord'76, Kim Little (C), Beth Mead, Vivianne Miedema '58, Lisa Evans

Simpanan: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Emma Mitchell, Louise Quinn▲'74, Viktoria Schnaderbeck▲'76, Jordan Nobbs ▲'58


Kim Little (10) meraikan jaringan bersama Vivianne Miedema (11)

Selepas habis rehat separuh masa, Fiorentina cuba untuk memperbaiki pertahanan mereka, namun perancangan mereka gagal apabila Miedema menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini.

Beliau mengutip bola hantaran lemah oleh bekas pemain Arsenal Women, Janni Arnth, berlari melepasi penjaga gol sebelum menolak mudah ke gawang gol.

Lisa Evans menambah gol keempat pasukannya apabila menjaringkan gol menerusi voli cantik ke bucu atas gol lawan hasil hantaran baik oleh Beth Mead.

Keputusan perlawanan ini melegakan pengurus pasukan, Joe Montemurro, sambil membuktikan kekuatan barisan serangan dari mula hingga tamat perlawanan.

Sumber: Arsenal.com

Post a Comment

Previous Post Next Post