Sam Greenwood Tandatangani Kontrak Profesional Pertama Bersama Arsenal

Tahniah diucapkan kepada Sam Greenwood, penyerang skuad bawah 18 tahun Arsenal kerana telah menandatangani kontrak profesional pertama bersama kelab.
Beliau menyertai the Gunners dari Sunderland pada bulan Julai 2018 setelah hampir sedekad bermain bersama kelab tempat kelahirannya itu.

Sam menjaringkan 10 gol dan membuat lima bantuan gol, membantu skuad bawah 18 tahun Arsenal di bawah pengurusan Ken Gillard memenangi Premier League 2 South.

Beliau juga seorang penyerang prolifik bersama skuad bawah 17 tahun England, menjaringkan 12 gol dalam 14 penampilan.

Arsenal perlu bersaing dengan beberapa kelab gergasi dunia seperti Manchester United, Liverpool dan VfB Stuttgart untuk mendapatkan penyerang kelahiran Sunderland ini.

Sam sudah menjaringkan satu gol dalam tiga penampilan U18 Premier League musim ini setakat ini.

Selingan...

Sam Greenwood tidak mempunyai pertalian darah dengan pemain Manchester United, Mason Greenwood. Dan kini beliau tinggal di rumah keluarga tumpang bersama rakan akademinya, Alfie Matthews.

Post a Comment

Previous Post Next Post