Anak Lelaki Cafu Meninggal Dunia Pada Usia 30 Tahun

Anak lelaki bekas ketua pasukan Brazil, Cafu, telah meninggal dunia pada usia 30 tahun selepas mengalami kemungkinan sakit jantung ketika bermain bolasepak.

Satu laporan di Brazil mengatakan anak sulung Cafu bernama Danilo Feliciano de Moraes berasa tidak sihat ketika bermain bola bersama rakan-rakannya pada hari Rabu lepas berhampiran rumah keluarganya di Sao Paolo.

Beliau kemudian dibawakan ke Hospital Albert Einstein sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Kelab-kelab seluruh dunia sudah mengucapkan takziah kepada Cafu, termasuklah Sao Paulo, kelabnya semasa kecil.

Kenyataan kelab berbunyi: "Sao Paulo Futebol Clube deeply regrets the death of Danilo, son of Cafu. The club sympathises and wishes the tricolor idol, family and friends a lot of strength."

Our @officialcafu has lost his son, Danilo. It's with a sad heart that we offer our deepest condolences to his family at this saddest of times 🙏


Marcos, in questo momento di profonda tristezza ogni rossonero è con te e la tua famiglia. Il nostro abbraccio va a voi 🙏




El Real Madrid C. F. expresses its deep regret at the passing of Danilo, the son of Brazilian football legend @officialcafu.


The club wishes to convey its condolences to Cafú and his family and shares in his grief in these difficult moments.



Cafu merupakan pemain paling banyak membuat penampilan untuk skuad kebangsaan Brazil, telah bermain dalam 142 perlawanan dalam tempoh 16 tahun karier antarabangsa.

Bekas pemain bek kanan ini telah menang Piala Dunia sebanyak dua kali pada tahun 1994 di USA dan 2002 di Korea Selatan/Japan.

Post a Comment

Previous Post Next Post