Sesi pemutihan Arsenal jimatkan £45 juta selepas Henrikh Mkhitaryan sertai Roma pada hari terakhir jendela perpindahan.

ARSENAL kini berjaya melakukan penjimatan pembayaran gaji sebanyak £45 juta berikutan perpindahan Henrikh Mkhitaryan ke Roma pada hari terakhir jendela perpindahan.



Pemain antarabangsa Armenia itu muncul sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika menentang Tottenham hujung minggu lalu namun segera diserahkan kepada Roma, dengan pasukan Itali itu membayar keseluruhan £180,000 gaji seminggu Mkhitaryan.

Mkhitaryan menjadi pemain ke-14 dikalangan pemain skuad utama meninggalkan Arsenal sejak akhir musim lalu dan The Times melaporkan bahawa The Gunners kini telah berjaya menjimatkan pembayaran gaji sebanyak £45 juta selepas kesemua urusan perpindahan berakhir, dibuat sepanjang jendela perpindahan musim panas.

Arsenal telah berbelanja besar musim ini untuk membawa beberapa pemain baharu dan berpengalaman untuk memperkuatkan barisan pasukan kendalian Emery dengan membawa pemain seperti Nicolas Pépé, David Luiz dan meminjam Dani Ceballos dari Real Madrid.

Dan dua daripada tiga pemain dinamakan di atas telah memakan belanja hampir £80 juta dan dengan berjaya mengurangkan bebanan bayaran gaji bulanan, sudah tentu akaun kewangan Arsenal kembali seimbang.

Senarai pemain yang dibawa masuk secara pembelian ataupun percuma musim ini (2019/20).
Tarikh Posisi Pemain Dari kelab Yuran Pasukan
2 Julai 2019 LW Gabriel Martinelli Ituano, Brazil £6,000,000 Utama
GK James Hillson Reading, England Free transfer Akademi
8 Julai 2019 CB Jason Sraha Chelsea, England Free transfer Academy
AM Cătălin Cîrjan Viitorul Domnești, Romania Free transfer Akademi
25 Julai 2019 CB William Saliba Saint-Étienne, Perancis £27,000,000 Utama
1 Ogos 2019 RW Nicolas Pépé France Lille, Perancis £72,000,000 Utama
8 Ogos 2019 LB Kieran Tierney Celtic, Scotland £25,000,000 Utama
CB David Luiz Chelsea, England £7,000,000 Utama



Bersama dengan Mkhitaryan, penjaga gol - Petr Cech, Aaron Ramsey, Danny Welbeck, Laurent Koscielny, Nacho Monreal, Mohamed Elneny, Alex Iwobi, David Ospina, Stephan Lichtsteiner dan Carl Jenkinson telah menyelamatkan kewangan kelab kira-kira £900,000 seminggu.

Senarai pemain yang dilepaskan sama ada dijual atau dilepaskan percuma musim ini (2019/20).
Bil. Posisi Pemain Ke Yuran Pasukan
1 LB Cohen Bramall Colchester United Dilepaskan Akademi
2 GK Petr Čech Bersara Utama
3 RB Vontae Daley-Campbell Leicester City Dilepaskan Akademi
4 DM Charlie Gilmour Norwich City Dilepaskan Akademi
5 RB Stephan Lichtsteiner FC Augsburg Dilepaskan Utama
6 CB Julio Pleguezuelo FC Twente Dilepaskan Akademi
7 CM Aaron Ramsey Juventus Dilepaskan Utama
8 CB Bayli Spencer-Adams Watford Dilepaskan Akademi
9 CF Danny Welbeck Dilepaskan Dilepaskan Utama
10 GK David Ospina Napoli £3,000,000 Utama
11 CM Yunus Musah Valencia Dilepaskan Akademi
12 RW Xavier Amaechi Hamburger SV £2,250,000 Akademi
13 CB Krystian Bielik Derby County £10,000,000 Akademi
14 SS Takuma Asano Partizan Belgrade £900,000 Utama
15 CB Laurent Koscielny Bordeaux £4,600,000 Utama
16 RB Carl Jenkinson Nottingham Forest £2,000,000 Utama
17 LB Dominic Thompson Brentford £3,000,000 Akademi
18 LW Alex Iwobi Everton £28,000,000 Utama
19 LB Nacho Monreal Real Sociedad £250,000 Utama
20 AM Kelechi Nwakali SD Huesca Dilepaskan Akademi

Walaupun Mkhitaryan hanya meninggalkan Emirates secara pinjaman untuk tempoh semusim (musim ini), namun sekiranya Roma menurunkan ataupun menggunakan khidmat beliau untuk 25 kali (perlawanan), maka kelab Itali itu terpaksa membelinya sebagaimana terkandung dalam klausa kontrak pinjaman yang telah dipersetujui antara dua kelab itu.


Pemain yang dilepaskan secara pinjaman musim ini (2019/20)
Bil. Posisi Pemain Ke Tempoh tamat Pasukan
1 RB Jordi Osei-Tutu VfL Bochum 30 Jun 2020 Akademi
2 CB Ireland Daniel Ballard Swindon Town 30 Jun 2020 Akademi
3 DM Ben Sheaf Doncaster Rovers 1 Januari 2020 Akademi
4 GK Macedonia Dejan Iliev ŠKF Sereď 30 Jun 2020 Academy
5 CB William Saliba Saint-Étienne 30 Jun 2020 Utama
6 CF Eddie Nketiah Leeds United 30 Jun 2020 Utama
7 GK Tom Smith Salisbury September 2019 Academy
8 DM Mohamed Elneny Beşiktaş 30 Jun 2020 Utama
9 AM Henrikh Mkhitaryan AS Roma 30 Jun 2020 Utama

Mkhitaryan menyertai Arsenal sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran pemain dengan Manchester United yang menyaksikan Alexis Sánchez berpindah keluar menyertai mereka pada 22 Januari 2018.

Bagaimanapun, Mkhitaryan telah kehilangan tempatnya dalam pasukan utama The Gunners selepas  Arsenal menandatangani Pépé, sementara Reiss Nelson juga telah kembali ke Emeirates setelah menghabiskan semusim bersama Hoffenheim secara pinjaman yang seterusnya menyukarkan lagi beliau untuk mendapat tempat musim ini dibawah kendalian Emery.

Mkhitaryan hanya membuat 53 penampilan dalam semua pertandingan untuk Arsenal dan perpindahan beliau akan memberikan lebih banyak kebebasan kepada The Gunners untuk mengikat pemain utama dengan kontrak jangka panjang baru sepanjang musim ini.

Rekod penampilan Mkhitaryan bersama kelab yang disertai
Kelab Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit beraksi
Borussia Dortmund 140 41 49 11,124'
Shakhtar Donetsk 106 44 23 8,256'
Manchester United 63 13 11 3,914'
Arsenal FC 59 9 13 3,845'
Metalurh Donetsk 44 16 11 3,956'
FC Pyunik Erewan 12 11 - 800'
JUMLAH: 424 134 107 31,895'

Post a Comment

Previous Post Next Post