Arsenal hanya memiliki satu isu dalam menghadapi Nottingham Forest.

Menjelang pertemuan pusingan ketiga Piala Carabao, Arsenal tidak memiliki banyak isu berkenaan pemain bagi perlawanan pagi esok.



Buat pertama kalinya (mungkin dalam sejarah) skuad Arsenal tidak mengalami masalah kecederaan pemain yang memenuhi 'bilik sakit'.


The Gunners akan menentang Nottingham Forest dalam pusingan ketiga Piala Caraboa dilaman sendiri hanya selepas 48 jam beraksi dalam kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa.

Pun begitu, Arsenal ketika ini hanya tidak mampu menggunakan penyerang sensasi, Alexandre Lacazette yang merupakan satu-satunya pemain yang berada dalam senarai kecederaan.

Terdahulu, Emery menerima berita gembira selepas dua pemain pertahanan yang masih lagi belum membuat penampilan musim ini ekoran kecederaan, sudah pun pulih sepenuhnya.

Hector Bellerin kembali membuat penampilan selepas berehat panjang dan Kieran Tierney pula akhirnya membuat penampilan pertamanya dalam menyarung jersi Arsenal semenjak dibawa masuk dari Celtic.


Dinos Mavropanos turut membuat penampilan bersama Bellerin dan Tierney pada perlawanan Jumaat lalu, bersama skuad U23 Arsenal.
Dan ketiga-tiga mereka tidak membuat penampilan dalam perlawanan menentang Aston Villa,  sudah tentu memberikan kelebihan kepada The Gunners dalam menghadapi perlawanan malam ini, walaupun hanya selepas 48 jam selepas bermain dalam saingan liga.
Selain itu, Mesut Ozil juga cukup cergas untuk beraksi malam ini selepas tidak digunakan pada perlawanan menentang Aston Villa.
Boleh dikatakan cukup menarik untuk menyaksikan kesebelasan utama Arsenal malam ini dan  melihat bagaimana Emery menggunakan pemain dan taktikal bagi perlawanan menentang Nottingham Forest.

Post a Comment

Previous Post Next Post