Dendam dan permusuhan Arsenal terhadap Stoke tidak pernah padam dan memasuki 'cara' baru.

PERSETERUAN di antara Arsenal dan Stoke memasuki 'cara' baru walaupun tidak lagi bertemu musim ini.



Semuanya bermula pada Februari 2010 apabila cabaran kejam Ryan Shawcross terhadap Aaron Ramsey menyebabkan pemain Arsenal itu mengalami patah kaki.


Suasana perlawanan di antara Arsenal dan Stoke semakin panas dan 'ekstrem' serta tidak pernah reda semenjak itu.

Walaupun kedua-dua pasukan jarang bertemu setelah The Potters diturunkan liga, beraksi dalam saingan Championship, The Gunners menemui 'cara' baru dalam melepaskan  'dendam' dan amarah terhadap Stoke City.

Menurut laporan Daily Mail, Arsenal telah bersetuju untuk bermain perlawanan Piala EFL malam ini melawan Nottingham Forest sebagai 'tanda muhibah' supaya pasukan kendalian Sabri Lamaouchi memiliki masa yang mencukupi untuk mempersiapkan perlawanan malam Jumaat, menentang Stoke.
Arsenal sanggup bermain malam ini walaupun baru selesai bermain menentang Aston Villa dalam tempoh 48 jam kerana tidak mahu mengganggu persiapan Nottingham Forest.

Walaupun mungkin terdapat alasan lain, namun ianya bagaikan secara kebetulan The Gunners membantu Nottingham Forest dalam menentang Stoke City.

Jika perlawanan Piala EFL ataupun Piala Carabao ini dijalankan mengikut jadual asal, iaitu bermain pada malam Rabu, ianya memberikan tempoh 48 jam untuk Nottingham Forest berehat dan melakukan persiapan.

Manakala Arsenal pula walaupun mengakui tempoh singkat itu pasti tidak memberikan masa yang mencukui untuk pemain, yang seterusnya pasti tidak akan memberikan prestasi terbaik.

Namun The Gunners sanggup mengalah dan berkompromi bagi pihak Forest.

Bekas pemain Arsenal, Carl Jenkinson pula terlepas peluang untuk 'pulang' beraksi di Emirates selepas mengalami kecederaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post