Xhaka pemain penting buat Arsenal, Emery pertahankan beliau walaupun menerima kritikan hebat.

XHAKA pemain yang pernah menerima pujian melangit daripada peminat satu ketika dahulu, namun menjadi bahan cemuhan ketika ini.



Prestasi Granit Xhaka ketika menentang Aston Villa membuatkan penyokong dan peminat The Gunners terus 'menghentam' beliau walaupun pasukan berjaya mencatatkan kemenangan.

Sebelum ini, beliau turut dikecam dan dikritik hebat kerana tindakan beliau yang merugikan pasukan setelah melakukan 'tackle' yang seterusnya menghadiahkan penalti kepada lawan (Spurs).


Selepas mengakui kesilapan yang dilakukan, Xhaka turut membalas kritikan yang dilontarkan kepada beliau (baca disini) dan kesilapan Xhaka itu bagaimanapun dipertahankan Unai Emery yang menyifatkan Xhaka seorang pemain yang telah melakukan kerja-kerja terbaik bersama Arsenal.

Itu cerita sebelum perlawanan menentang Aston Villa, namun pada perlawanan tersebut (menentang anak buah Dean Smith), Xhaka dikeluarkan pada minit ke-72 dan telah di 'boo' oleh peminat dan penyokong yang masih kecewa dengan prestasi dipamerkan beliau.

Pun begitu, sebagaimana sebelum ini, Unai Emery sekali lagi mempertahankan prestasi Xhaka selepas perlawanan yang menyaksikan Arsenal bangkit dari ketinggalan untuk memenangi perlawanan 3-2 keatas Villa.

Emery menegaskan bahawa Xhaka tetap merupakan pemain penting dalam Arsenal dan masih berada dalam rancangannya serta mahu melihat lebih banyak sokongan terhadap pemain itu daripada peminat.

"Kami memerlukan penyokong kami dan kami memerlukan mereka membantu setiap pemain," katanya pada sidang media.

"Adalah tanggungjawab kami untuk memberikan komitmen kami dan Xhaka melakukan ini.

"Dia bermain dengan baik pada hari Khamis [melawan Eintracht Frankfurt di Liga Europa] dan minggu lalu di Watford dia juga bermain dengan baik.

"Di sini, saya mengeluarkannya kerana dia bermain selama 90 minit pada hari Khamis dan saya ingin membawa pemain segar.

"Tetapi Xhaka adalah pemain yang sangat penting untuk kami. Beliau mempunyai komitmen besar di sini, dia semakin baik. 

"Saya tidak meminta orang untuk menyokongnya tetapi saya memberi jaminan bahawa dia akan mencapai perkara terbaik jika penyokong membantu beliau.

"Kami profesional, Xhaka adalah pemain berpengalaman dan dia tahu kadang-kadang kita boleh menerima kritikan dan kita perlu matang dan terus bekerja.

"Bagi saya dia pemain yang sangat penting dan saya akan menyokongnya. Saya akan membuat keputusan apabila dia bermain dan ketika dia tidak, tetapi dia penting untuk kami kerana komitmen dan kelakuannya bagus dan dia adalah pemain yang baik. "


Dulu-dulu... Xhaka pernah diangkat menggunung dengan pujian, namun kini hanya tinggal kenangan...
Arsenal bakal beraksi dalam pusingan ketiga Piala Carabao lewat pagi nanti, jam 2.45 pagi waktu Malaysia.



Post a Comment

Previous Post Next Post