Arsenal tandatangani perjanjian komersial baharu di Kemboja.

ARSENAL telah bersetuju dengan satu lagi perkongsian komersial dan kali ini menandatangani  perjanjian bersama Ganzberg sebagai rakan kongsi serantau di Kemboja.


Perkongsian dengan bir buatan Jerman, Ganzberg merupakan perkongsian bir kedua yang diumumkan oleh Arsenal musim ini selepas menandatangani perkongsian bersama Camden Town Brewery sebagai rakan kongsi bir rasmi kelab pada Julai lalu.

Pun begitu, Ganzberg tidak hanya membuat bir, malah perjanjian itu juga akan menyaksikan syarikat  tersebut bakal dijenamakan sebagai minuman jus buahan rasmi Arsenal, minuman ringan dan minuman teh madu lemon di rantau ini.
Kemboja dipilih berdasarkan minat dan perkembangan bolasepak dinegara itu yang dilihat semakin berkembang serta yakin sokongan daripada peminat mampu mengembangkan lagi operasi syarikat minuman tersebut dan juga sokongan terhadap Arsenal.

Hadrien Pera, pengarah APAC (Asia Pasifik) Arsenal, berkata: "Para penyokong kami bersemangat di seluruh dunia dan kami tahu cinta yang dimainkan oleh peminat di Kemboja untuk bolasepak dan untuk Arsenal.

"Kami juga teruja untuk berhubung dengan peminat baru di Kemboja melalui perkongsian ini, sambil berkongsi kepakaran kami untuk menyampaikan program latihan dan menyokong Ganzberg untuk menarik pengguna mereka."

Manakala Brewmaster Ganzberg menambah: "Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Kelab Bolasepak Arsenal.

"Ini adalah perkongsian yang hebat kerana kami berkongsi nilai yang sama dan ia mencerminkan komitmen kami untuk membawa kandungan bertaraf dunia kepada para pelanggan kami di sini. 

"Kami sangat berharap dengan perjanjian itu akan membantu kami menjadi bir nombor satu di pasaran. "

Majlis perjanjian itu diturut dibantu dengan kehadiran lagenda kelab, Gilberto yang melancarkan perkongsian di Phnom Penh.

Post a Comment

Previous Post Next Post