Senarai Kapten Arsenal bakal diumumkan... siapakah lima pemain yang terpilih?

SEBAGAIMANA yang kita ketahui, Unai Emery menggunakan atau melantik lima pemain untuk menjadi kapten pasukan.

Musim lalu, untuk pertama kalinya Arsenal dikendalikan oleh pengendali baharu selepas pemergian Arsene Wenger dan Unai Emery merupakan pengganti kepada pengurus yang telah 22 tahun berkhidmat untuk skuad Utara London ini.

Dan dibawah kendalian Emery, beliau telah melantik lima pemain untuk dijadikan kapten pasukan dengan Koscielny masih diberikan peranan selaku kapten serta empat pemain lain (Petr Cech, Ramsey, Ozil dan Xhaka) yang turut diberikan peranan tersebut.

The new manager confirmed that Laurent Koscielny, currently out injured, would be his main captain, but that he would be backed up by Petr Cech, Aaron Ramsey, Mesut Ozil and Granit Xhaka.
-- Telegraph

Namun ketiadaan Koscielny, Cech dan Ramsey membuatkan skuad Arsenal musim lalu hanya tinggal Ozil dan Xhaka sebagai pilihan untuk terus diberikan kepercayaan mengemudi The Gunners diatas padang musim ini.

Julai lalu (29.07.2018), laporan mendedahkan dimana Emery sedang menyiapkan barisan kapten yang bakal dilantik dengan memasukkan Monreal ke dalam kumpulan kapten yang menjadi pilihan beliau.

Pun begitu, Monreal tidak lagi bersama Arsenal dan ini membuatkan kita semua tertanya-tanya siapakah yang layak untuk berada dalam kelompok lima pemain The Gunners yang bakal menjadi kapten pasukan musim ini.

Mengharungi empat perlawanan pertama liga, Ozil setakat ini masih belum membuat sebarang penampilan dan Emery telah memberi lilitan kapten kepada Xhaka sebanyak tiga perlawanan dengan pemain tersebut terlepas satu perlawanan (menentang Burnley - tidak disenaraikan didalam skuad).

Dan tugas kapten ketika menentang Burnley digalas oleh Monreal sebelum berpindah balik ke Sepanyol di hari terakhir jendela perpindahan Eropah ditutup.

Bil. Tarikh Lawan Kapten Keputusan
1 11 Ogos 19 Newcastle vs Arsenal Xhaka 0-1
2 17 Ogos 19 Arsenal vs Burnley Monreal 2-1
3 24 Ogos 19 Liverpool vs Arsenal Xhaka 3-1
4 1 September Arsenal vs Tottenham Xhaka 2-2

Dengan aksi liga memasuki bulan kedua, Emery masih belum mengumumkan secara rasmi senarai pemain yang bakal menggalas tugas kapten pasukan musim ini dan ini membuatkan kita semua tertanya-tanya, siapakah kapten Arsenal musim ini?

Penantian bakal berakhir

Emery pada sidang media Jumaat (semalam) mengatakan bahawa beliau akan mendedahkan senarai kapten pasukan minggu depan.

Dan mungkinkah selepas perlawanan menentang Watford, kita bakal mengetahui siapakah yang akan menggalas peranan tersebut?

Atau sekurang-kurangnya bayangan siapakah yang layak... yang menjadi pilihan Emery.

We spoke this morning about that and in the next week, we are going to take the decision on the five captains.  We spoke about that with the team this morning and I am going to decide to make it official in the next week. We have a captain now.
-- Emery via Arsenal

Pun begitu, kita tetap tertanya-tanya siapakah pilihan Emery...? Adakah Xhaka dan Ozil akan terus diberi kepercayaan...?

Jika ya, siapakah tiga lagi pemain yang bakal dipilih beliau?

Penulis berpendapat untuk tiga kekosongan tersebut, Leno mungkin diberikan peranan tersebut, mengambil alih daripada Cech.

Dan untuk dua lagi kekosongan, penulis memilih sama ada Bellerin ataupun Sokratis untuk barisan pertahanan namun kelebihan lebih kepada Bellerin memandangkan beliau antara pemain The Gunners yang paling senior bersama Arsenal (berdarah Gunners).

Manakala, Lacazette juga mampu menggalas tugas selaku kapten (ibarat menggantikan King Henry - penyerang yang menggalas tugas kapten).

Pemain muda seperti Calum Chambers dan Rob Holding mungkin diberi kepercayaan Emery untuk jawatan tersebut memandangkan pengendali Arsenal itu pernah mengeluarkan kenyataan untuk memberikan pemain Inggeris untuk mengetuai pasukan.

Namun... macam tidak mungkin berlaku... 😖🙈

Secara keseluruhan, penulis melihat jawatan kapten itu haruslah diberikan kepada mereka yang sentiasa beraksi dalam setiap perlawanan (sekerap yang mungkin), selain mereka yang mampu membantu Emery ketika diatas padang dan mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan pemain-pemain The Gunners.

Itu semua adalah pendapat penulis, anda pula bagaimana?

Post a Comment

Previous Post Next Post