Nicolas Pepe Tarik Diri Daripada Skuad Kebangsaan Ivory Coast

Nicolas Pepe telah dikeluarkan dari skuad kebangsaan Ivory Coast selepas dilaporkan mengalami kecederaan pada petang Rabu lalu.

Beliau telah dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan Les Elephants, Ibrahima Kamara untuk aksi dua perlawanan antarabangsa menentang Benin (6 September) dan Tunisia pada 10 September 2019.

Debut antarabangsa: lawan Perancis (15 November 2016)
Gol pertama perlawanan antarabangsa: lawan Togo (24 Mac 2018)

Pepe bermain penuh 90 minit dalam perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur di Stadium Emirates pada Ahad minggu lepas menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 2-2, sebelum menyertai skuad kebangsaannya.

Walaubagaimanapun, isu ini tidak terlalu serius, hanya sebagai langkah berhati-hati.

Pepe dijangka akan kembali ke London untuk meningkatkan tahap kecergasan perlawanan, persediaan untuk menentang Watford pada 15 September nanti.

Beliau tiba lewat ke kem latihan pra-musim Arsenal kerana telah bermain dalam Piala Negara-Negara Afrika bersama Ivory Coast, di mana beliau bermain tiga dari lima perlawanan dalam kejohanan tersebut.

Ivory Coast tersingkir di peringkat suku akhir, tewas kepada Algeria menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat 120 minit perlawanan.

Pepe sudah mendapat 11 caps antarabangsa dan telah menjaringkan 4 gol sejak karier antarabangsanya bermula pada tahun 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post