Emi sentiasa menghargai sokongan Arsene Wenger. Kredit foto: Arsenal |
EMI MARTINEZ dedahkan apa yang dikatakan Arsene Wenger yang mempengaruhi keputusan perpindahannya.
Aksi terkini penjaga gol Arsenal ini adalah dalam perlawanan menentang Eintracht Frankfurt bagi saingan Liga Europa yang mana The Gunners mencatatkan kemenangan 3-0.
Dalam pendedahan yang dibuat kepada laman rasmi Arsenal, beliau mengatakan bahawa kata-kata perangsang Arsene Wenger membantunya memutuskan untuk kekal bersama The Gunners dan berjuang untuk menjadi No.1 Arsenal.
Malahan beliau juga mahu menunaikan janji yang dibuat kepada bapanya.
Bintang Argentina itu mempamerkan aksi yang mengagumkan di Jerman pada permulaan pertamanya untuk The Gunners selepas kembali dari Reading yang disertainya secara pinjaman pada Januari lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu berkata walaupun berada di belakang Leno di Emirates, namun beliau gembira dapat kembali ke kelab untuk mencabar pemain antarabangsa Jerman itu.
Dan nasihat Arsene Wenger pada masa lalu telah membantu beliau untuk menerima peranannya di kelab dan terus mencabar.
"Saya adalah No. 2 buat masa sekarang, tetapi ia tidak akan kekal seperti itu," katanya kepada laman web rasmi kelab.
"Matlamat saya adalah untuk menjadi No.1 dan saya akan terus bekerja sehingga saya sampai di situ, kerana saya tidak selesa dengan hanya menjadi No.2.
"Ketika saya bermain untuk Reading, saya dapat merasai perasaan ini sebagai No. 1 dan saya mahu itu di Arsenal.
Emi menikmati dan merasai peranan sebagai No.1 di Reading. |
"Saya telah berada di sini selama bertahun-tahun dan satu-satunya sebab saya kekal di sini adalah kerana saya percaya saya boleh menjadi No 1 di sini. Saya mempunyai semua kualiti yang diperlukan.
"Arsene Wenger, ketika berada di sini, selalu berkata kepada saya, 'Emi, kamu adalah masa depan kelab ini'. Saya percaya saya boleh menjadi No.1. Jangan salah faham, saya terima peranan saya sebagai No.2 pada masa ini, tetapi sasaran saya adalah untuk mendapatkan jersi No.1 itu. "
Martinez berpeluang meninggalkan Emirates pada musim panas ini, tetapi berikutan perbincangan dengan Unai Emery dan jurulatih penjaga gol, Javi Garcia, beliau akhirnya memutuskan untuk tinggal dan cuba meyakinkan pengurus bahawa dia adalah pilihan yang lebih baik.
"Sepanjang musim panas, saya bercakap dengan Unai dan jurulatih penjaga gol kami, Javi Garcia, selepas tempoh pinjaman saya dengan Reading berakhir, saya memberitahu mereka bahawa saya akan tinggal tetapi mengatakan bahawa hanya akan berlaku jika saya berpeluang menjadi No.1 di sini, jika saya mempunyai peluang untuk bermain dan mendapatkan baju itu [No.1].
"Satu-satunya cara anda boleh memperbaiki diri adalah dengan bermain dan saya bekerja keras dalam latihan, walaupun saya berada di no.3 di belakang Petr dan Bernd.
"Saya tidak fikir ada yang sanggup bekerja keras seperti yang saya lakukan dalam latihan, itulah sebabnya saya telah berada di kelab ini selama 10 tahun, tetapi saya percaya anda hanya boleh mendapatkan peluang untuk memperbaiki dari masa permainan di padang.
"Itulah sebabnya saya katakan kepada mereka, 'Jika anda mampu memberi saya peluang untuk menjadi No.1, saya akan kekal, jika tidak, saya mempunyai 13 atau 14 kelab yang mahu menandatangani saya.
"Ia adalah keputusan sukar untuk saya dan keluarga saya, dan kami memilih yang terbaik untuk kerjaya saya. Arsenal adalah kelab terbaik untuk saya.
"Anda hanya ada satu kerjaya, jadi saya perlu melakukan yang terbaik, dan saya bernasib baik kerana isteri dan anak saya sentiasa mengikuti saya ke mana saya pergi.
"Terdapat tawaran tetapi apabila saya menandatangani untuk Arsenal, ianya adalah satu hari nanti untuk menjadi No.1 untuk kelab ini.
"Ini adalah kelab impian saya dan selepas saya berasi di Reading, saya rasa saya telah menunjukkan kepada semua orang betapa bagusnya saya.
"Saya berkata kepada keluarga saya: 'Jika Arsenal tidak mempercayai saya, maka sudah tiba masanya untuk pergi' tetapi Arsenal telah menunjukkan kenyakinan mereka kepada saya dan saya mempercayai kelab itu, saya percaya kepada pengurus dan saya yakin kita akan mempunyai musim yang sangat hebat. "
Walaupun ketika ini kesemua penjaga gol Arsenal sedang bersaing sesama mereka, namun Martinez mendedahkan bahawa masih terdapat keharmonian antara tiga penjaga gol di kelab, dengan Matt Macey juga berusaha mencuba dan menempatkan dirinya untuk bermula bersama The Gunners.
"Saya hanya mahu memenangi setiap kali. Bernd juga sama, dia seorang yang hebat, begitu juga Matt.
"Kami tiga penjaga gol muda yang berbakat dan kami semua mahu perkara yang sama: baju No.1."
I made a promise to my dad that I would make it. I intend to keep that promise.-- Emi Martinez via Arsenal
Walaupun mengakui bahawa kata-kata 'azimat' Wenger yang menyebabkan beliau masih setia bersama Arsenal, namun beliau tidak bersetuju dengan pendapat bekas pengurus pasukan yang mengatakan bahawa seorang penjaga gol akan berada dipuncak apabila mencecah usia 30 tahun.
Beliau merasakan bahawa dirinya cukup sedia dalam segala aspek walaupun baru berusia 27 tahun dan menegaskan bahawa beliau tidak lagi mahu dipinjamkan.
Reading adalah kelab terakhir yang Emi beraksi secara pinjaman, tidak akan ada lagi selepas itu. Melainkan berpindah. |