Mikel Arteta Boleh Menggantikan Saya Sebagai Pengurus - Pep Guardiola

Pep Guardiola telah memberikan sokongan kepada Mikel Arteta untuk menggantikannya sebagai pengurus Manchester City.

Arteta telah dilantik sebagai pembantu Guardiola pada tahun lepas dan telah memainkan peranan penting membantu City memenangi lima trofi domestik sejak dua musim lepas.


Bekas pemain tengah Everton ini dilabel sebagai salah seorang pengurus muda meningkat naik dan telah mengakui yang beliau menolak tawaran untuk mengambil alih jawatan pengurus Newcastle United pada musim panas lepas.

Peminat Arsenal juga tidak ketinggalan melaungkan namanya sebagai pengganti Arsene Wenger selepas pengurus veteran Perancis tersebut meninggalkan kelab tahun lepas.

Ahli-ahli dalaman hierarki City percaya Arteta boleh menjadi pengurus City suatu hari nanti dan Guardiola tidak menolak kemungkinan ini.

'Saya yakin. Dia sudah pun menjadi seorang pengurus yang hebat dan bakal mencapai kejayaan yang hebat di masa depan.

'Dia seorang pengurus yang masih muda tetapi sudah mempunyai pengalaman mengendalikan pemain-pemain dan pasukan hebat. Dia akan mengendalikannya suatu hari nanti.

Ramai pemain dalam skuad City menyukai Arteta dan beliau menjalankan sesi latihan dengan baik. Beliau memberikan impak positif semasa di bawah Guardiola, dari memperkemas penyudah Raheem Sterling hingga mencadangkan taktik pengubah perlawanan semasa perlawanan berlangsung.

Arteta bijak mencari masa untuk memberikan nasihat dan cadangannya kepada Guardiola.

'Saya suka apabila dia mempunyai sisi pandangan yang berbeza mengenai bagaimana cara kami mahu bermain. Kami boleh mengubah sesuatu di dalam pasukan berpandukan visi dan apa yang telah dilihatnya. Dia boleh membaca situasi dengan baik,' jelas Guardiola.

Post a Comment

Previous Post Next Post