Laporan Perlawanan: Wolverhampton Wanderers U23 (2) - (2) Arsenal U23

Laporan Perlawanan 6 Premier League 2 Division 1

Wolverhampton Wanderers U23 (2) - (2) Arsenal U23
20 September 2019
New Buck Head
Penjaring gol:
1' Folarin Balogun
58' Bruno Jordao
69' Folarin Balogun
90' Taylor Perry

Kesebelasan utama: Karl Hein, Hector Bellerin '62, Harrison Clarke, Dinos Mavropanos, Kieran Tierney '62, Robbie Burton, Jordan McEneff, Nathan Tormey, Trae Coyle, Tyreece John-Jules, Folarin Balogun

Simpanan: James Hillson (GK), Tolaji Bola, Zak Swanson ▲'62, Tobi Omole ▲'62, Matthew Smith

Folarin Balogun (kiri) dan Jordan McEneff
Skuad bimbingan Steve Bould mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Wolves di tempat lawan.

Penyerang remaja berusia 18 tahun, Folarin Balogun menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Hector Bellerin dan Kieran Tierney juga membuat penampilan dalam perlawanan ini, untuk menambah kecergasan perlawanan, selepas berehat lama dari kecederaan masing-masing.

Hector Bellerin
Arsenal bermula garang dengan memanfaatkan susunan pertahanan yang tidak baik daripada Wolves, menjaringkan gol pertama perlawanan seawal 40 saat menerusi Balogun.

Walau Bellerin dan Tierney sudah kembali ke skuad, namun kita tidak dapat menguasai perlawanan dengan sebaiknya, dan peluang ini digunakan oleh Wolves untuk melancarkan serangan.

Pemain tengah Portugal, Bruno Jordao bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Beliau mencipta dua peluang baik untuk pasukannya sebelum rehat separuh masa. 

Pertama beliau bergandingan bersama Lewis Richards, namun percubaan rakannya itu tersasar.

Kemudian beliau menghantar bola kepada Austin Samuels, namun percubaan tersebut digagalkan pertahanan Arsenal dalam kotak penalti.

Wolves akhirnya menemui gol penyamaan menerusi Jordao selepas menerima hantaran bola baik daripada Elliot Watt.

Selepas bermain selama 62 minit, kedua Bellerin dan Tierney telah digantikan dengan Zak Swanson dan Tobi Omele

Tierney juga mengutip kad kuning dalam perlawanan ini.

Kieran Tierney
Kita kembali di hadapan apabila merembat deras bola menggunakan kaki kirinya selepas menerima hantaran back-heel daripada Tyreece John-Jules.

Wolves berjaya mencuri satu mata dalam perlawanan ini selepas pemain tengah mereka, Taylor Perry menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post