Arsene Wenger dedahkan bagaimana Arsenal cuba menandatangani Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi

PENGURUS legenda, Arsene Wenger mengakui bahawa Arsenal sangat berminat untuk menandatangani kedua-dua pemain, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ketika beliau masih bertanggungjawab terhadap The Gunners.



Bekas pengendali Arsenal itu meletak jawatan sebagai pengurus The Gunners 18 bulan lalu selepas membimbing pasukan selama 22 tahun.

Dan  sepanjang tempoh itu, selain terkenal dengan taktikal beliau dengan membawa Arsenal menjuarai liga tanpa mengalami sebarang kekalahan, Wenger turut terkenal dengan kisah tidak kesampaian terhadap pemain-pemain yang dihajatinya.

Antara pemain terkenal ketika ini yang gagal ditandatangani Wenger adalah seperti Zlatan Ibrahimovic, Yaya Toure dan Paul Pogba.

Manakala Ronaldo dan Messi telah membentuk landskap bolasepak dengan persembahan luar biasa mereka sejak sedekad lalu, meninggalkan Arsenal dan Wenger merenung kembali kegagalan mereka untuk mendapatkan pemain yang pernah menjadi sasaran mereka.


Dalam petikan yang dilaporkan oleh Daily Star, Wenger memberitahu  beIN SPORTS USA mengenai percubaannya untuk menandatangani Ronaldo.

"Ya, anda harus hidup dengan penyesalan dalam kehidupan apabila gagal menyelesaikan urusan yang tidak dapat dicapai. 

"Dan ini adalah sebahagian besar daripadanya. " jelas Wenger.


Mengenai Messi, beliau menambah: "Tidak pernah [mempunyai Messi dengan baju Arsenal]. Kami sedang berbincang dengannya apabila kami membeli Fabregas. Kami berminat dengannya, ya. Tetapi dia tidak dapat disentuh pada masa itu. "

Messi dan Ronaldo, kedua-dua mereka merupakan penerima lima kali anugerah Ballon d'Or, telah memenangi sembilan kejuaraan Liga Juara-Juara di antara mereka serta beberapa kejuaraan domestik

Arsene Wenger bakal membuat kemunculan dalam arena pengurusan bolasepak selepas berehat panjang, namun masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan menguruskan kelab ataupun negara tidak lama lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post