PEMAIN tengah Arsenal Wanita, Jordan Nobbs telah mendedahkan bagaimana rakan sepasukan, Rob Holding membantunya dalam sembilan bulan terakhir akibat kecederaan.
Pasangan The Gunners itu mengalami kecederaan lutut yang serius pada awal musim lalu, hanya beberapa minggu sahaja liga bermula namun kedua-dua mereka bakal kembali beraksi untuk kempen musim ini.
Nobbs terlepas aksi kempen Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Wanita England pada musim panas dan pemain berusia 27 tahun itu mengakui terdapat hari yang sengsara ketika dia berjuang kembali mendapatkan kecergasan.
Namun dalam menghadapi dugaan tersebut, dia mempunyai teman rapat yang menemaninya dan berkongsi masalah yang sama serta berusaha bersama-sama untuk kembali cergas.
Menurut perkongsian yang diceritakan beliau kepada talkSPORT, Holding banyak membantu beliau ketika menjalani rehab.
Dan beliau lebih selesa kerana mereka berdua mengalami kecederaan yang sama dan menjalani proses pemulihan yang sama.
"Saya dan Rob membuat lesen kejurulatihan kami bersama-sama, jadi ketika kami merawat lutut dalam beberapa minggu, itu adalah nasib yang luar biasa," kata Nobbs kepada talkSPORT.
"Kami banyak berada di gym dan dia menjadi sebahagian besar pemulihan saya. Dia salah seorang yang paling positif, orang yang murah dengan senyuman yang pernah saya temui.
He was the perfect person to be around in the gym. It’s nice to hear someone else have the same feeling you do and know something’s not wrong.
Malah kecederaan beliau itu turut mendapat perhatian individu tertinggi Arsenal seperti Ivan Gazidis yang sentiasa menghantar mesej bertanyakan khabar beliau.
Nobbs mengalami kecederaan pada 18 November 2018 dalam kemenangan 4-0 Arsenal ketika menentang Everton.
Sehari kemudian, beliaua telah mendedahkan bahawa dia telah mengalami pecah ligamen anterior cruciate (acl) di lutut kiri dan berehat panjang, sehingga musim baru.
Beliau memulakan karier awalnya dengan menyertai pusat kecemerlangan Sunderland ketika berumur lapan tahun dan juga diletakkan di Middlesbrough sebagai pemain remaja.
Pada musim 2008-09, dia mengikuti jejak langkah ayahnya, Keith Nobbs dengan mewakili sekolah Durham, sementara menjadi pelajar di Kolej Komuniti Sedgefield.
Beliau akhirnya menyertai Arsenal dan membuat debutnya di Serbia pada September 2010, sebagai pemain gantian pada babak kedua dalam kemenangan Arsenal 3-1 ke atas ZFK Masinac dalam saingan Liga Juara-Juara Wanita.
"He’s one of the most positive, smiley people I’ve ever met."https://t.co/zIM5nATNYd— talkSPORT (@talkSPORT) September 8, 2019