Tindakan Arsenal menandatangani David Luiz dari Chelsea rosakkan urusan perpindahan Everton.

ARSENAL menandatangani David Luiz dari Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2019.

Menghampiri bulan Ogos 2019, Everton yakin mereka mampu menandatangani Fikayo Tomori dari Chelsea sehinggalah Arsenal terlibat dan menandatangani David Luiz.
Sebelum ini, Chelsea dan Everton telah mengadakan perbincangan berhubung perpindahan pemain tengah 21 tahun, Fikayo Tomori.

Dan menurut Football Insider, mereka juga (Chelsea dan Everton) telah mencapati kesepakatan pada bulan Ogos dengan pemain tersebut bersedia untuk menyertai Toffees sebagai pemain pinjaman untuk musim ini bagi menggantikan Kurt Zouma, yang telah kembali ke Chelsea.

Everton had reached an agreement in principle with Chelsea to sign Fikayo Tomori on loan before the plug was pulled when David Luiz joined Arsenal, Football Insider understands.
-- Football Insider.

Frank Lampard, bagaimanapun menghentikan rundingan dan kesepakatan itu selepas menyempurnakan penjualan David Luiz ke Arsenal dengan nilai perpindahan berjumlah  £8 juta.
Setakat ini, Tomori telah bermain selama 90 minit untuk Chelsea dalam liga kerana Lampard tetap berpegang teguh dengan kata-katanya untuk melihat pemain muda terus diberi peluang di Chelsea buat kali pertama sejak Roman Abramovich tiba pada tahun 2003.

Post a Comment

Previous Post Next Post