Arsene Wenger setuju sertai badan induk tertinggi bolasepak dunia, FIFA.

22 tahun mengemudikan Arsenal dan pada Mei 2018, Arsene Wenger akhirnya mengundur diri daripada kelab yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.



Dan semenjak itu, terdapat banyak spekulasi mengenai hala tuju Wenger dan pendedahan beliau dalam temu ramah bersama beIN Sport mengenai hasrat beliau untuk kembali ke arena pengurusan membuatkan kisah beliau semakin hangat diperkatakan.

Dalam perkembangan terkini, Arsene Wenger dilaporkan telah bersetuju untuk menjadi Ketua Teknikal FIFA, walaupun gelaran rasmi ataupun jawatan sebenarnya bersama organisasi itu masih belum dimuktamadkan.

Dan pengumuman mengenai keputusan dan jawatan tersebut akan dibuat dalam beberapa hari lagi.

Wenger, a 69-year-old Frenchman, has agreed to become FIFA’s technical head, though his official title with the organization has not been finalized. In the role, he will have a broad portfolio to suggest improvements to coaching standards across the world, while also providing advice on other areas that directly influence how the game is played. An official announcement of his hiring could be made in the next few days.
--New York Times 

FIFA telah mencari calon sesuai yang dikenali dan berpengaruh selepas 'pemergian' dua individu berprofil tinggi yang direkrut oleh presidennya, Gianni Infantino.

Kedua-dua bekas pemain itu merupakan bekas Pengarah Teknikal, Marco van Basten, yang meninggalkan badan induk tersebut pada Oktober lalu, manakala Zvonimir Boban pula meletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha FIFA pada bulan Jun lalu untuk menerima Jawatan Pengurusan di A.C. Milan.

Berbalik kepada Wenger, beliau bakal mempunyai portfolio luas sebagai penasihat dalam penambahbaikan kepada standard jurulatih di seluruh dunia, sambil memberi nasihat berkaitan bidang lain yang mampu mempertingkatkan lagi mutu bolasepak.

Penyertaan beliau ke FIFA mungkin agak mengejutkan kita semua memandangkan beliau sebelum ini pernah mengeluarkan hasrat untuk kembali ke arena pengurusan dan melatih pasukan kelab ataupun negara.

Pun begitu, ianya tidak jelas berapa lama kontrak lantikan beliau itu bersama FIFA kerana walapun menjadi penasihat bersama badan induk bolasepak dunia itu, namun kenikmata merasai cabaran  sebenar dalam perlawanan jauh lebih hebat dan mencabar berbanding sebagai Ketua Teknikal FIFA.

Apa-apa pun kami mendoakan yang terbaik kepada pengurus lagenda Arsenal ini.... #COYG!

Post a Comment

Previous Post Next Post