'The Immortals' puji 'The Invisible' serta meminati tiga pengurus EPL yang memiliki persamaan dengan dirinya.

BERCAKAP mengenai kejayaan AC Milan pada era pemilik Silvio Berlusconi, tentunya tidak dapat dipisahkan dengan seorang lelaki berkepala botak bernama Arrigo Sacchi. 



Sacchi adalah jurulatih pertama yang membawa AC Milan menjuarai Serie A setelah Berlusconi mengambil alih kelab tersebut dan beliau berjaya mencipta (boleh dikatakan pengasas) pasukan impian Milan yang dikenali dengan ‘The Immortals’.


Hadir di San Siro pada tahun1987, selepas setahun kelab itu dimiliki oleh bekas Presiden Itali, beliau dengan segera memberikan hadiah khas dalam bentuk gelaran Scudetto pada musim pertamanya di Milan.

The scudetto (bahasa Itali bermaksud "perisai kecil") adalah 'emblem' yang dipakai oleh kelab-kelab sukan Itali yang memenangi kejuaraan tahunan masing-masing pada musim sebelumnya.

Beliau juga dikenali dengan pakar taktikal setelah membawa Milan menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) pada musim 1988/89 dan 1989/90.

Selain itu beliau turut menghadiahkan Milan torfi kejuaraan European Supercup sebanyak 2 kali pada tahun 1989 dan 1990 serta juara Intercontinental Cup juga sebanyak dua kali dan pada tahun yang sama (1989 dan 1990).

Arrigo Sacchi, pengurus lagenda AC Milan yang terkenal dengan gelaran pakar taktikal.
Kecemerlangan beliau itu melayakkan beliau digelar pengurus lagenda kelab Itali itu dan dalam perkembangan terkini, beliau telah memuji Arsene Wenger selain beberapa pengurus kelab Liga Inggeris (EPL) lain.



Mengikut laporan Daily Mail, Sacchi teruja dengan aksi-aksi yang dipamerkan kelab EPL dan menyifatkan Liga Inggeris kini sedang berada dikemuncak gemilangan dan berada dalam era emas.

Malah beliau turut mendedahkan tiga pengurus pasukan EPL yang menarik perhatian beliau, yang turut menyebabkan liga ini menarik untuk disaksikan pada era bolasepak moden.


Jurgen Klopp, Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino, ketiga-tiga pengurus ini disifatkan Sacchi sebagai memiliki persamaan dengan dirinya dan merupakan pengurus kegemaran beliau.

Menjawab pertanyaan sama ada mereka itu boleh diibaratkan sebagai 'anak' beliau dalam dunia pengurusan bolasepak, Sacchi mengakui teruja dengan apa yang dipamerkan oleh Klopp dan Guardiola yang terus berinovasi bersama pasukan masing-masing.

Dan beliau sukar untuk memilih dikalangan tiga pengendali kelab Inggeris itu (Jurgen Klopp, Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino) seandainya terpaksa memilih salah seorang untuk mengendalikan kelabnya.

Mereka bertiga ada persamaan dari segi filosofi walaupun gaya permainan mereka berbeza.” jelas Sacchi kepada Daily Mail.

England memiliki kegilaan dengan pertandingan yang menakjubkan. Liga Inggeris sedang menikamati era emasnya.

Bolasepak yang dipamerkan ketiga-tiga mereka, mirip dengan apa yang saya miliki dahulu. Saya sangat menghargai nilai, budaya dan mentaliti yang mereka miliki.

Milan saya dahulu, pasukan yang berinovasi. Pasukan Guardiola dan Klopp juga turut terus berinovasi.

"Saya sentiasa mahu memberikan pemain saya idea dan mereka bermain dengan keinginan melebih had yang mereka ada.

Sacchi turut terkesan dengan ucapan Klopp kepada pemain-pemain Liverpool sebelum kemenangan pada final Liga Juara-Juara yang disifatkan beliau persamaan dengan falsafah yang dimilikinya.

Klopp memberitahu pemainnya sebelum perlawanan akhir: "Jika kita kalah, ia mesti menjadi kekalahan terbaik. Kita mesti berikan segala-galanya"

Dan Sacchi menyifatkan bahawa ianya sama seperti dirinya apabila berkata:

"Dalam buku saya terdapat banyak frasa yang sama yang saya suka katakan sebelum memulakan perlawanan.

"Saya selalu suka menanamkan pemain saya dengan hasrat untuk bermain melampaui batas mereka sendiri. Dalam nota saya saya menulis: Kemenangan adalah penting apabila diperkuat dan dibantu dengan keindahan permainan."

Walaupun memuji dengan kehebatan yang ada pada liga Inggeris, namun beliau mendedahkan bahawa kemungkinan perlawanan yang terlalu banyak menyebabkan pasukan negara (England) tidak sehebat liga yang dimiliki mereka.


Mengakhiri laporan itu, beliau turut memuji bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger yang telah melakukan revolusi terhadap bolasepak Inggeris.

Let me say a word about Arsene Wenger — he revolutionised English football, he's really great.
Sacchi via Daily Mail.

Jika beliau (Sacchi) berjaya melakukan evolusi bersama kelab Itali, AC Milan... Arsene Wenger pula berjaya melakukan evolusi terhadap bolasepak Inggeris secara keseluruhannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post