Legenda Arsenal percaya pertahanan kelab-kelab Inggeris mula kecut perut dengan Pepe.

NICOLAS PEPE pemain termahal Arsenal masih gagal menjaringkan gol, namun aksi beliau mula menghadirkan gerun kepada pihak lawan.



Walaupun masih gagal mencatat nama selaku penjaring dalam empat perlawanan yang telah diharungi, namun menjelang aksi kelima Liga Perdana Inggeris minggu ini, sudah pasti kita semua mengharapkan agar beliau mampu menjaringkan gol pertama beliau bersama Arsenal.

Bahkan penulis percaya bahawa beliau sendiri berharap mampu menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal dalam masa terdekat ini.

Mengharungi empat perlawanan liga dengan dua perlawanan beraksi penuh (90 minit), Pepe setakat ini baru menghasilkan satu bantuan gol yang dicatatkan beliau ketika menentang Tottenham.

Malah beliau sebelum itu turut mencuri tumpuan di Anfield walaupun Arsenal mengalami kekalahan.

Pun begitu, lagenda kelab, Nwankwo Kanu percaya pertahanan kelab-kelab Liga Perdana sudah mula merasa gerun terhadap kehadiran Nicolas Pepe.


Dan Kanu juga percaya kehadiran Pepe bersama The Gunners mampu memberikan sesuatu yang berbeza kepada rakan sepasukan terutamanya duo berbisa, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.

"Jika anda menontonnya, anda dapat melihat dia pemain bolasepak yang sangat baik dan kakinya sangat cepat. 


"Dia akan menjaringkan gol dan dia akan bermain dengan baik," jelas Kanu kepada Goal.

"Dia akan menjadi lebih baik dan dia akan menjaringkan gol buat kami. Dia memberikan kami sesuatu yang berbeza kepada dua penyerang yang lain (Laca dan Auba).

"Saya percaya bahawa pasukan (lain) sudah mula takut kepadanya selepas beberapa perlawanan, mereka takut apa yang boleh dilakukannya dan apa yang boleh diberikannya," katanya lagi.

Liga Perdana Inggeris kembali bersambung minggu ini setelah berehat seminggu bagi aksi-aksi perlawanan antarabangsa dan lawan seterusnya Arsenal adalah Watford

Beraksi dilaman lawan (Vicarage Road) pada Ahad ini jam 11.30 malam, waktu Malaysia, Unai Emery bakal berdepan dengan rakan senegaranya, Quique Sanchez Flores yang kembali mengemudikan Hornets pada 7 September lalu, selepas kali terakhir mengendalikan Watford pada musim 2015–2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post