Arsene Wenger yakin Arsenal adalah pasukan yang mampu mencabar Liverpool dan Manchester City.

ARSENE WENGER percaya Arsenal mempunyai peluang terbaik untuk mencabar Liverpool dan Manchester City dalam Liga Perdana.



Bekas pengendali kelab, Arsene Wenger mendakwa Arsenal adalah calon paling cerah untuk mencabar Manchester City dan Liverpool untuk gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana The Gunners mempunyai masalah paling sedikit berbanding pasukan besar lain.

City dan The Reds adalah pilihan untuk memenangi kejuaraan itu selepas kempen 2018/19 yang menakjubkan, yang menyaksikan pasukan Pep Guardiola menamatkan liga di kedudukan pertama dengan pasukan Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata.

Kedudukan akhir Liga Perdana Inggeris 2018/19
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City (C) 38 32 2 4 95 23 +72 98
2 Liverpool 38 30 7 1 89 22 +67 97
3 Chelsea 38 21 9 8 63 39 +24 72
4 Tottenham Hotspur 38 23 2 13 67 39 +28 71
5 Arsenal 38 21 7 10 73 51 +22 70
6 Manchester United 38 19 9 10 65 54 +11 66

City masih dominan dan mempunyai barisan pemain (squad depth) hebat dalam skuad mereka manakala Kop memenangi Liga Juara-Juara musim lepas selepas mengalahkan Tottenham 2-0 di Madrid.

Jelas sekali kedua-dua pasukan itu menjadi pilihan utama dan persaingan antara mereka (Liverpool dan City) turut diakui Wenger bahawa salah satu daripada mereka mampu menjulang kejuaraan liga musim ini.

Pun begitu, Wenger yang pernah membawa Arsenal menjuarai liga sebanyak tiga kali percaya bahawa bekas kelabnya, The Gunners mempunyai peluang terbaik untuk memasuki perlumbaan itu kerana mempunyai masalah paling sedikit berbanding semua pesaing yang lain (merujuk kepada kelab-kelab besar EPL).

Pengurus legenda Arsenal ini mendakwa Chelsea adalah pasukan yang sangat muda yang tidak mempunyai pengalaman dalam pertahanan dan serangan selepas dikenakan larangan perpindahan sepanjang musim (musim ini).

Dan beliau (Wenger) turut menambah bahawa Manchester United tidak mempunyai pasukan yang sama seperti dulu ketika Sir Alex Ferguson.

Maybe the team who has the potential is Arsenal who could be the closest.
-- Arsene Wenger

Pendedahan tersebut dibuat Wenger kepada bein Sports USA dan anda boleh menonton video temuramah dibawah.

"Mungkin pasukan yang berpotensi adalah Arsenal yang paling hampir.

"Chelsea kelihatan agak muda; tidak cukup matang di depan, tidak cukup matang di bahagian belakang.

"Man United tidak menemui kepastian di mana anda boleh mengatakan hari ini mereka boleh bersaing untuk kejuaraan.

"Mereka kelihatan selesa dengan dua orang di hadapan.

"Man City mempunyai tahap teknikal yang besar di mana mereka sentiasa boleh mencipta peluang.

"Liverpool kelihatan sangat kuat di belakang dan di depan, dan mereka mempunyai pemain tengah yang tahu tugas mereka; mungkin kurang kreatif berbanding Man City.


Tonton video ➧ Arsene Wenger: "I lived like somebody in a coma for 35 years"

Post a Comment

Previous Post Next Post