BIAR betul..?!!! Barcelona buat rayuan denda sebanyak € 300.
Barcelona dilaporkan membuat rayuan denda yang dikenakan sebanyak €300 ekoran kes Antoine Griezmann.
Barcelona dilaporkan akan mengemukakan rayuan denda € 300 yang dikeluarkan terhadap mereka oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol berkaitan dengan urusan menandatangani Antoine Griezmann.
300 euro... ya...tidak silap dan tidak tertinggal '0' dalam jumlah tersebut. Jelas, nyata € 300.
Bukan tipu bukan palsu sebagaimana kisah Wenger dan Manchester United.
Dan berikut adalah kisah rayuan 300 euro (bukan 300 ribu... bukan 300 juta...bukan..) yang dibuat Barcelona.
300 euro... ya...tidak silap dan tidak tertinggal '0' dalam jumlah tersebut. Jelas, nyata € 300.
Bukan tipu bukan palsu sebagaimana kisah Wenger dan Manchester United.
Dan berikut adalah kisah rayuan 300 euro (bukan 300 ribu... bukan 300 juta...bukan..) yang dibuat Barcelona.
Alex Shaw dari ESPN melaporkan mereka akan merayu terhadap denda itu:
Superb, Barcelona are going to APPEAL the €300 fine they have been given in the Griezmann case!— Alex Shaw (@AlexShawESPN) September 26, 2019
James Westwood dari Goal, melaporkan denda tersebut dikenakan terhadap Barcelona selepas melakukan perpindahan pemain Perancis berjumlah € 120 juta ke Barca pada bulan Julai.
Barca berjaya memenuhi klausa pelepasan pemain itu selepas ianya dikurangkan daripada nilai asal sebanyak €200 juta pada awal bulan itu, tetapi Atleti mendakwa kelab Catalan itu telah mencapai persetujuan lebih awal dengan pemain itu sebelum klausa tersebut diturunkan.
Barca berjaya memenuhi klausa pelepasan pemain itu selepas ianya dikurangkan daripada nilai asal sebanyak €200 juta pada awal bulan itu, tetapi Atleti mendakwa kelab Catalan itu telah mencapai persetujuan lebih awal dengan pemain itu sebelum klausa tersebut diturunkan.
The Spanish Football Podcast turut mendedahkan pengesahan denda dari RFEF:
Barça fined €300 (yes, really, we haven't missed out any zeros) for starting talks with Antoine Griezmann while he was under contract with Atleti, without notifying them first. No punishment for Griezmann himself. pic.twitter.com/wpo01Fn4zo— The Spanish Football Podcast (@tsf_podcast) September 26, 2019
Wartawan bolasepak, Euan McTear meletakkan denda itu dalam perspektif:
€300 = 5 of the cheapest tickets for the next LaLiga match at the Camp Nou.— Euan McTear (@emctear) September 26, 2019
I think Barcelona will survive this. https://t.co/9D1zBpFNQz
Sport Witness berkongsi kenyataan yang dibuat oleh Atletico di mana mereka membuat aduan terhadap Barcelona:
'Atlético Madrid believes the termination of the contract occurred before the end of last season due to events, acts and demonstrations carried out by the player and that is why we've already started procedures considered appropriate to defend our rights and legitimate interests'— Sport Witness (@Sport_Witness) July 12, 2019
Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo berkata kelab itu mempunyai bukti untuk menyokong tuduhan mereka:
🗣️ Atletico Madrid president Enrique Cerezo on the Antoine Griezmann dispute:— Goal (@goal) July 13, 2019
"If the club have made this statement it's because there's evidence. We have to study it and we'll demand the amount we consider to be necessary." pic.twitter.com/MVAaw6wIKK
Sebagai respons, rakan sejawat Barca, Josep Maria Bartomeu menafikan kemungkinan Atleti mempunyai bukti dalam kes mereka, kerana 'tidak ada bukti apa-apa'.
Walaupun jumlah denda itu kecil dan tidak memberi kesan kepada kelab besar yang mempunyai sumber kewangan juga besar seperti Barcelona, namun hukuman dan penerimaannya boleh ditafsirkan sebagai kemasukan salah laku yang mampu menjejaskan imej mereka.