Pengakuan Arsene Wenger mengenai 'kerja impian' setiap pengurus untuk mengemudi Manchester United palsu.

KECOH... itulah yang boleh dikatakan selepas tersebar berita mengenai pengurus lagenda Arsenal mengatakan bahawa beliau berminat untuk menjadi pengurus Manchester United.



Semalam, kami melaporkan bahawa Arsene Wenger 'mengusik' hati dan perasaan peminat dengan memberi bayangan bahawa beliau berminat untuk mengemudikan Manchester United.

Seperti diduga ianya adalah palsu dan tidak mungkin Wenger mahu mengendalikan mana-mana kelab Inggeris selain Arsenal.
Jadi, apa sebenarnya yang diperkatakan Wenger dalam temurah bersama bein Sports mengenai Manchester United?

Arsene Wenger tidak yakin Manchester United mampu mengembangkan pemain-pemain muda  mereka dengan berjaya seperti Sir Alex Ferguson lakukan pada pertengahan 90-an.

Furgeson dikenali dengan membina skuad Kelas 92 dan Phil Neville serta beliau tidak membuat penambahan baru kepada skuad United pada musim panas 1995 walaupun Mark Hughes, Paul Ince dan Andrei Kanchelskis dijual ataupun dilepaskan.

Gary Neville, David Beckham, Nicky Butt dan Paul Scholes semuanya berumur 20 tahun dan di bawa menyertai skuad utama pasukan United.

Ryan Giggs, salah seorang pemain yang menganggotai skuad yang menjuarai Piala FA Remaja 1992, telah memenangi dua kejuaraan Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga.

Manakala Phil Neville adalah pemain berusia 18 tahun dan mampu beraksi dan membuat langkah untuk pasukan senior United.



Wenger telah melakukan beberapa tugasan sebagai pundit sejak beliau meninggalkan Arsenal 16 bulan lalu dan ditanya mengenai pendekatan Ole Gunnar Solskjaer di United.

"Apabila anda melihat Man United, terdapat potensi di sana," kata Wenger kepada bein Sport.

"Mereka tidak menemui cara kolektif, mungkin kerana semua pemain ini tidak cukup matang untuk membawa gaya permainan berpasukan seperti Man United, dan itulah tanda tanya sekarang.

"Anda merasakan sesuatu akan menjelma tetapi tidak bersedia, itulah sebabnya saya katakan apabila anda menonton mereka bermain, mereka bukan calon untuk mencabar kejuaraan.

"Adakah mereka akan mencontohi Giggs, Scholes, Beckham selama ini? Secara peribadi, saya tidak yakin."

Tiada apa yang keluar daripada mulut Wenger mengatakan bahawa beliau teruja dan layak serta berminat untuk mengendalikan United.

Jahat dan kejam mereka yang menyebarkan berita palsu itu... kesian setan merah.

Anda boleh saksikan video temuramah Wenger bersama bein Sports dibawah:

Post a Comment

Previous Post Next Post