Barisan pertahanan Arsenal perlu bertanggungjawab ekoran keputusan seri menentang Spurs.

ARSENAL mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan derby Utara London yang dilangsungkan di Stadium Emirates dua hari lalu.

Pertahanan Arsenal, David Luiz menegaskan bahawa pertahanan Arsenal perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan yang dilakukan sehingga memaksanya beraksi dalam kesakitan sepanjang aksi menentang Tottenham.

Dua kesilapan pertahanan menyaksikan Arsenal sekadar berkongsi mata bertemu musuh tradisi, Tottenham.

The Gunners bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Tottenham 2-2, dengan Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang menemui sasaran dalam separuh masa kedua.

Granit Xhaka membenarkan Spurs menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti Harry Kane selepas melakukan kekasaran terhadap Son Heung-min tetapi Luiz mengakui barisan pertahanan harus bertanggungjawab di atas kesilapan mereka.

Skuad bimbingan Unai Emery tersebut bolos lima kali dalam dua perlawanan, dengan bekas pemain Chelsea itu sendiri mengakui kesalahannya apabila memberikan sepakan penalti ketika tewas kepada Liverpool 3-1 minggu lalu.

Saya berasakan ia merupakan satu perkara yang normal. Saya perlu menghadapinya sepanjang karier saya, terutama sekali sebagai seorang pertahanan.

Penyerang tidak pernah menjadi sasaran jika pasukan kalah melainkan mereka gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung permainan.

Pertahanan harus bertangunggjawab di atas kesilapan mereka dengan cara yang lebih baik. Awak harus mengakuinya dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Saya berasakan telah bermain baik sehinggalah memberikan penalti kepada Liverpool. Ia adalah perlawanan penting pertama saya untuk Arsenal,” kata Luiz kepada Sky Sports.

Post a Comment

Previous Post Next Post