Red Devils letakkan Jadon Sancho sebagai sasaran utama tahun depan.

BINTANG Borussia Dortmund, Jadon Sancho tidak menolak kemungkinan kembali ke Liga Perdana Inggeris namun turut mengimpikan untuk beraksi dalam saingan La Liga.

Sancho, 19, dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United semenjak penghijrahan beliau ke Dortmund daripada Manchester City pada tahun 2017 dan beliau juga menjadi sasaran kelab gergasi Eropah yang lain.

Namun ketika ini, laporan mengenai usaha Red Devils untuk mendapatkan beliau di saat jendela perpindahan telah pun ditutup menjadi bualan.

Ole Gunnar Solskjaer cuba membawa Sancho ke United sebelum musim 2019-20 bermula namun gagal setelah Dortmund tidak berhasrat menjual pemain muda itu.

Dan The Red Devils dilaporkan meletakkan sasaran utama untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun itu pada penghujung musim ini.

Komen terbaru yang dikeluarkan oleh bekas pemain City itu, membayangkan bahawa beliau tidak menolak untuk kembali ke England dan mungkin juga berhijrah ke Sepanyol.

Pun begitu, Sancho ketika ini hanya fokus kepada usaha beliau untuk memenangi kejuaraan liga-Bundesliga bersama  Dortmund.

“Saya tidak dapat memberitahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Ke England boleh, beraksi dalam LaLiga juga saya tidak kisah.

“Saya tidak bermaksud mahu mendapatkan perhatian media, saya cuba untuk fokus kepada permainan saya,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post