Sudah tiba masanya Salah dijual, menurut sebahagian peminat dan penyokong Liverpool.

PENYOKONG Liverpool mahu Reds menjual Mohamed Salah dan menggunakan hasil yang diperolehi bagi mendapatkan Kylian Mbappe, Jadon Sancho atau bintang muda Jerman, Kai Havertz.

Salah, 27, antara pemain kesayangan di Anfield selepas bintang Mesir itu membantu Liverpool berada dalam kelompok teratas bolasepak England selain meraih dua kasut emas untuk dua musim berturut-turut (2017/18 dan 2018/19).

Bagaimanapun sebahagian penyokong mereka merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjual pemain tersebut pada harga terbaik dan mendapatkan dua daripada tiga bintang muda sama ada Havertz, 20 dan Sancho,19, ataupun Mbappe, 21.

Kai Havertz, bintang muda Jerman yang beraksi untuk Bayer Leverkusen.
Menurut laman web penyokong Liverpool, Rousing the Kop, The Reds sewajarnya mengulangi langkah sama ketika mereka menjual Philippe Coutinho kepada Barcelona pada 2018 dan menggunakan dana itu bagi memperkuatkan pasukan.

Selepas mendapatkan Virgil van Dijk dan Alisson dengan menggunakan hasil penjualan Coutinho, Liverpool menjadi juara Eropah selain tewas hanya satu mata kepada Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool have proved in recent years that they can replace superstars when offered silly money for them. A case in point was using the Coutinho money to buy Alisson and Virgil Van Dijk, assembling the best defence in the world.
-- Rousing the Kop

Laman web itu juga memberitahu, pengarah sukan Liverpool, Michael Edwards harus melepaskan Salah bagi terus memperkuatkan pasukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post