Berapa lama lagi kita (peminat dan penyokong) mampu bersabar dengan Unai Emery?

MENDAHULUI 2-0 sehingga babak pertama berakhir, Arsenal berpeluang untuk berada ditangga ke-3 liga namun akhirnya keciciran mata setelah terikat 2-2 menentang Watford malam tadi.



Menurunkan barisan pemain yang memberi keyakinan kepada penyokong bahawa tiga mata mampu diraih malam tadi, ternyata harapan tersebut hanya bertahan sehingga minit ke-45 sahaja (atau mungkin sehingga minit ke-52).


Dua gol dijaringkan pada babak pertama seolah-olah memberi harapan kemenangan bakal menjadi milik Arsenal dan seterusnya menghukum Watford untuk terus berada di dasar liga.

Namun...  Tom Cleverley mula meranapkan impian kita semua dengan jaringan pada minit ke-53 yang boleh diibaratkan kebangkitan Watford untuk mengikat perlawanan 2-2, tamat permainan.

Jika dahulu laungan "Wenger out!" kedengaran setelah prestasi hambar dipamerkan The Gunners, penyokong dan peminat menarik nafas lega apabila pengurus tersebut meletakkan jawatan pada penghujung musim 2017/18.


Kekosongan yang ditinggalkan Wenger diisi oleh bekas pengendali Paris Saint-Germain dan kehadiran Unai Emery  dengan reputasi sebagai pemenang tiga kali secara berturut-turut Liga Europa  bersama Sevilla membuatkan peminat dan penyokong The Gunners mulai teruja.


Setelah kehilangan harapan pada musim-musim terakhir Wenger bersama Arsenal, jelas sekali harapan tinggi diletakkan kepada Emery agar berjaya mengembalikan kegemilangan The Gunners (walaupun terdapat segelintir peminat meragui mengenai perlantikan itu).

Walaupun keputusan seri 2-2 menentang Watford dilaman lawan bukanlah sesuatu yang teruk, namun... prestasi pemain dan taktikal Emery sebenarnya mula dipersoalkan peminat serta penyokong.

Musim lalu, masih boleh dimaafkan kerana menggunakan skuad peninggalan Wenger namun memasuki musim kedua ini dengan beberapa pemain baharu yang dibawa masuk (dari musim pertama dan musim ini), tiada banyak perubahan yang dilakukan beliau.

Hanya dengan berjaya membawa Arsenal mara ke peringkat akhir Liga Europa dan berada ditangga ke-5 liga musim lalu (Arsene Wenger membawa Arsenal ke separuh akhir Liga Europa dan berada ditangga ke-6 liga pada musim terakhirnya bersama Arsenal).



Jadi adakah Emery lebih berjaya berbanding Wenger?


KELIRU
Kita masih keliru (mungkin juga pemain Arsenal sendiri keliru) dengan taktikal Emery dan prestasi beliau boleh dikatakan tidak banyak berubah berbanding Wenger.

Rotation ataupun penggiliran pemain yang digunakan Emery juga seolah-olah memberikan kita gambaran bahawa pengendali Arsenal itu masih mencari formula terbaik dalam membentuk skuad yang mampu memberi cabaran kali ini.

Pun begitu, ianya juga seolah-olah memberikan gambaran kecelaruan taktikal dan formasi yang cuba dipamerkan Emery.

SERANGAN
Gandingan Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette dan Nicolas Pepe sepatutnya dan sememangnya memberikan masalah kepada lawan dengan kemampuan, kemahiran dan penyudah yang dimiliki mereka bertiga itu.

Tetapi di sebalik bahagian serangan yang mantap, banyak persoalan yang memerlukan jawapan.

TENGAH
Apakah kombinasi terbaik pada bahagian tengah buat Emery? 

Adakah beliau tetap dengan dengan tiga pemain pada bahagian tengah ataupun menukarkan sedikit taktikal dan formasi beliau untuk peranan No.10 sama ada menggunakan Dani Ceballos ataupun Mesut Ozil?

Kerana sekiranya Arsenal bermain menyerang sebagaimana ditunjukkan pada babak kedua ketika menentang Tottenham, bahagian tengah The Gunners jelas memberikan sokongan pada kedua-dua bahagian, pada bahagian serangan dan juga pertahanan, sekaligus mengelakkan gawang daripada lebih banyak dibolosi lawan.

PERTAHANAN
Tiada apa yang perlu dihuraikan selain menantikan kemunculan Bellerin dan Holding sahaja ketika ini.

Prestasi yang dipamerkan barisan pertahanan Arsenal musim ini adalah sama sebagaimana musim lalu.

Musim lalu, selepas mengharungi lima perlawanan liga, Arsenal berjaya menjaringkan 10 gol berbanding lapan musim ini.

Manakala dari segi bolos, ianya mencatatkan sedikit peningkatan apabila hanya membenarkan lapan kali sahaja dibolosi berbanding sembilan musim lalu.

Pos Musim P M S K J B +/- Mata
7 2018/19 5 3 0 2 10 9 1 9
7 2019/20 5 2 2 1 8 8 0 8

ADAKAH MASIH ADA KEYAKINAN KEPADA EMERY?

Musim lalu, Emery tanpa khidmat Pepe dan mencatatkan kurang satu gol berbanding jumlah keseluruhan gol yang dijaringkan Arsenal ketika dibawah Wenger.

Namun berkongsi jumlah bolos yang sama dan ini menjelaskan permasalahan sebenar Arsenal yang harus ditangani Emery, iaitu bahagian pertahanan.

Pos Pengurus/Pengendali P M S K J B +/- Mata
6 Arsene Wenger 17/18 38 19 6 13 74 51 +23 63
5 Unai Emery 18/19 38 21 7 10 73 51 +22 70

Terkini, kedengaran bahawa pemain-pemain Arsenal sendiri tidak memahami taktikal dan arahan Emery sehinggakan mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Maybe it is down to a lack of understanding. I have heard whispers, after all, that some of the players find their manager’s instructions confusing, that they do not really know what he wants them to do. If so, that does not bode well. A clarity of purpose is essential.
-- Evening Standard.

Bagi penulis, Emery seharusnya menunjukkan 'style' permainannya sendiri, corak permainan yang sepatutnya dilakukan di Arsenal tanpa menghiraukan 'style' pasukan lawan (bukan mengabaikan keseluruhan style lawan).

Ini adalah Arsenal! yang terkenal dan bukannya kelab bawahan yang terlalu 'hiraukan' pihak lawan.

Emery seharusnya 'firm' dengan corak permainan beliau.

Semoga Arsenal terus bersinar! #COYG

Korang boleh baca komen menarik mengenai Emery pada tampalan MyGooners disini:

Dan komen terbaik yang penulis juga bersetuju dengan pendapat beliau mengenai Unai Emery.

Nazrull Ahmad Kena 31 shots lawan Watford. Biar betul? Memng betul. Masalah Arsenal sekarang adalah pada Unai. Ya Unai.

Kalau korang perhati dr season lepas lagi Unai ni asyik tukar formation dan taktikal. Sekejap 3-4-3 sekejap 3-5-2, pastu 4-3-3 pasti 4-2-3-1, ada yang 4-3-2-1 ada jugak 4-3-1-2. Tahun lepas boleh la bagi maaf dia nak buat eksperimen. Tahun ni no more experiment ok.

Kononnya alasan Unai pertukaran formasi ini adalah disebabkan reaksi kepda siapa yang Arsenal akan lawan pada sesebuah game.

Masalahnya bila ko kerap tukar formasi bila player nak faham dan betul2 adaptasi dengan falsafah permainan ko. Sekejap sekejap bertukar.

Satu lagi yang mempengaruhi formasi Unai ni jugak adalah pemilihan player. Minggu ni Ceballos main 1st, minggu depan ko bench dia. Minggu ni Willock main 1st, minggu depan masuk sub pun tidak. Ozil 4 game x main, game ke 5 ko bgi dia main. Mnggu depan game ke 6 dia langsung x main. Minggu ni Monreal main, minggu depan Kola main. Hari ni Mikhi main esok dia pindah gi Roma. Ko dh tau dia nak pindah ko bagi main sehari sebelum buat apa.

Bila dia letakkan ketidakpastian dan ketentuan dalam formasi dan permainan pasukan apa yang dia nak harapkan dari Player. Player pun x faham apa yang falsafah permainan yg dia nak terapkan.

Korng tengok mcm Pep dan Kloop dorng konsisten guna 4-3-3 pada setiap game dengan kebanyakan pemain yg sama. Bila ko konsisten dengan satu2 formasi player mudah faham dengan falsafah permainan ko. Nak buat adjustment pada taktikal boleh tpi bukn setiap mnggu bertukar.

Betul kata Van Persie, Unai kena fokus pada falsafah permainan yang dia nak terapkan pada Arsenal sprti mana Pep dan Kloop buat. Jangan terlalu fokus utk "konfrontasi" taktikal lawan pada setiap game. Kena mantapkan permainan sendiri. Biar player faham.

Sebab tu dulu Van Persie kata, Arsene Wenger dia btul2 bagi faham pemain ttg falsafah permainan dia dalam falsafah Wengerball. Dia pun x tukr2 formasi secara kerap setiap minggu. Bila player faham dan boleh adaptasi dengan falsafah tersebut player terjemahkan dlm padang. Dulu kalau kalah pun kita ada benda nak puji. Permainan cantik, penguasaan bola, shot banyak, intensiti permainan yg tinggi. Sekarang nak puji apa pun x tau passing ke laut. Permainan boring. Shot skit. Intensiti Dan pace permainan slow. Semalam tu mcm Watford lawan team Arsenal Ladies.

Kalau macam ni Ronaldo dan Messi masuk Arsenal pun x boleh pegi kalau Unai asyik tukar formation. Dorang pun pening

Apa pun jangan koyak awal. Jangan tukar team lain pulak.



Post a Comment

Previous Post Next Post