Laporan Perlawanan: Manchester United Women (0) - (1) Arsenal Women

Laporan Women's Super League 2019/20 (Game 2)

Manchester United Women (0) - (1) Arsenal Women
16 September 2019
Leigh Sport Village
Penjaring gol:
89' Danielle van De Donk


Arsenal Women mengekalkan rekod baik di permulaan musim baru ini apabila menewaskan pasukan baru naik liga, Manchester United Women, 1-0 di laman lawan semalam.

Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Women's Super League (WSL).

Penyerang antarabangsa Belanda, Danielle Van de Donk muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 perlawanan.

Kubu Manchester United Women yang diketuai oleh penjaga gol Mary Earps susah ditembusi oleh anak buah Joe Montemurro. Beliau menyelamatkan beberapa percubaan Arsenal bagi membantu pasukannya mendapatkan mata pertama di liga teratas bolasepak wanita England.


Senarai kesebelasan utama: Manuela Zinsberger (GK), Leonie Maier, Jennifer Beattie, Katie McCabe, Leah Williamson, Jordan Nobbs '70, Jill Roord'90+3, Kim Little (C), Beth Mead, Vivianne Miedema, Lisa Evans

Simpanan: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Emma Mitchell, Louise Quinn▲'90+3, Viktoria Schnaderbeck, Danielle Van de Donk ▲'70, Ruby Grant, Melisa Filis


United yang diuruskan oleh bekas pemain skuad wanita kebangsaan England, Casey Stones, memulakan perlawanan dengan melakukan serangan pantas apabila Jess Siggsworth membuat hantaran lintang dan disambut oleh Ella Tone. Namun percubaan Ella tersasar.

Walau Arsenal banyak menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, namun gagal melakukan percubaan tepat ke arah gol sehingga ke minit ke-30.

Peluang terbaik Arsenal pada separuh masa pertama hadir apabila pemenang kasut emas WSL musim lepas, Vivianne Miedema menanduk deras ke arah gol hasil hantaran lintang Lisa Evans, namun ditepis oleh Erps. Erps memberi reaksi pantas untuk menggagalkan percubaan susulan Miedema.

Montemurro menukar formasi ke 4-4-2 selepas rehat, meletakkan Nobbs bergandingan bersama Miedema di bahagian serangan. Penukaran formasi ini memberikan Arsenal lebih penguasaan bola dan mula mencipta beberapa peluang menarik.

Earps sekali lagi beraksi mantap apabila menepis tiga percubaan berbahaya daripada Jill Roord, Miedema dan Kim Little.

Lebih kurang 10 minit lagi sebelum perlawanan tamat, Miedema membuat rembatan pantas di dalam kotak penalti, namun percubaannya hanya singgah di tiang gol sebelum dikeluarkan untuk sepakan sudut.


Van de Donk yang masuk sebagai pemain gantian menafikan satu mata untuk pasukan lawan itu, apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan. Tiga mata penting sekali lagi dikutip oleh juara bertahan liga.

Sumber: Arsenal.com

Post a Comment

Previous Post Next Post