SEBAGAI peminat dan penyokong Arsenal, anda sememangnya tahu bahawa perlawanan seterusnya adalah menentang Watford, jam 11.30 malam ini (waktu Malaysia).
Perlawanan minggu kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal menemukan anak buah Unai Emery dengan pasukan yang baru menerima pengedali baharu Enrique Sanchez Flores.
Jadual perlawanan secara langsung di Astro. |
Sudah tentu kita semua termasuklan pengkritik sama-sama berharap untuk permainan malam ini menyajikan sesuatu yang menarik.
Malah kedua-dua jurulatih, Enrique Sanchez Flores dan Unai Emery sudah pasti akan melakukan yang terbaik dalam memotivasi pemain mereka untuk memenangi perlawanan malam ini.
Ketika ini Watford berada di tangga ke-20 dan Arsenal berada di kedudukan ke-7 liga, sudah pasti The Hornets tidak rela di 'bedil' meriam dilaman sendiri malam ini, lebih-lebih lagi menerima pengendali baru yang pernah membimbing mereka sebelum ini.
Kedudukan liga setakat ini. |
Manakala The Gunners pula, sudah tentu mahukan meriam mereka berfungsi dengan baik dan tidak dibasahi air bagi membedil 'tebuan' di Vicarage Road.
Bagi Flores, kemenangan malam ini adalah sangat penting bagi mengelakkan mereka daripada terus berada didasar liga, manakala Emery pula mencari peluang untuk merapatkan jurang pasukan teratas liga.
Seandainya memenangi perlawanan malam ini, The Gunners bakal berada ditangga ketiga ataupun dikalangan empat teratas liga, sekali gus mengurangkan tekanan beliau dalam menghadapi saingan kali ini.
Berikut adalah fakta menarik mengenai perlawanan malam ini.
➧ Watford telah mengalami lima kekalahan daripada enam perlawanan di Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal dilaman sendiri semenjak liga EPL diperkenalkan.
➧ Kali terakhir mereka memenangi ke atas Arsenal dilaman sendiri adalah pada Oktober 2017 yang mana mereka bangikit daripada ketinggalan untuk memenangi 2-1.
Tarikh | Lawan dilaman sendiri | Keputusan | Saingan | |
---|---|---|---|---|
23 Apr 2000 | Watford v Arsenal | K | 2-3 | Liga Perdana Inggeris |
26 Dec 2006 | Watford v Arsenal | K | 1-2 | Liga Perdana Inggeris |
17 Oct 2015 | Watford v Arsenal | K | 0-3 | Liga Perdana Inggeris |
27 Aug 2016 | Watford v Arsenal | K | 1-3 | Liga Perdana Inggeris |
14 Oct 2017 | Watford v Arsenal | M | 2-1 | Liga Perdana Inggeris |
15 Apr 2019 | Watford v Arsenal | K | 0-1 | Liga Perdana Inggeris |
➧ Arsenal telah memenangi tiga pertemuan terakhir Liga Perdana mereka terhadap Watford dengan rekod bersih tanpa bolos setiap perlawanan.
Tarikh | Perlawanan | Keputusan | Saingan | |
---|---|---|---|---|
11 Mar 2018 | Arsenal v Watford | M | 3-0 | Premier League |
29 Sep 2018 | Arsenal v Watford | M | 2-0 | Premier League |
15 Apr 2019 | Watford v Arsenal | M | 0-1 | Premier League |
➧ Malah, Watford merupkan satu-satunya pasukan yang gagal menjaringkan gol ketika mentang The Gunners dalam saingan Liga Perdana musim lalu.
➧ Tiada satu pun daripada 12 pertemuan di antara Watford dan Arsenal di Vicarage Road telah berakhir dengan seri.
➧ Watford memenangi lima daripada enam perlawanan pertama (K1), sementara Arsenal telah memenangi lima dari enam (K1) yang paling terkini.
➧ Watford tidak pernah mengalami kekalahan dalam tiga perlawanan pembukaan liga dilaman mereka sejak kempen 1991-92 - Hornets memenangi tiga perlawanan pertama dilaman mereka, di Vicarage Road musim lalu.
➧ Watford memenangi lima daripada enam perlawanan pertama (K1), sementara Arsenal telah memenangi lima dari enam (K1) yang paling terkini.
1 | 30 Apr 1983 | Watford v Arsenal | W | 2-1 | League Division One |
---|---|---|---|---|---|
2 | 12 May 1984 | Watford v Arsenal | W | 2-1 | League Division One |
3 | 01 Sep 1984 | Watford v Arsenal | L | 3-4 | League Division One |
4 | 01 Apr 1986 | Watford v Arsenal | W | 3-0 | League Division One |
5 | 21 Mar 1987 | Watford v Arsenal | W | 2-0 | League Division One |
6 | 28 Nov 1987 | Watford v Arsenal | W | 2-0 | League Division One |
7 | 23 Apr 2000 | Watford v Arsenal | L | 2-3 | Premier League |
8 | 26 Dec 2006 | Watford v Arsenal | L | 1-2 | Premier League |
9 | 17 Oct 2015 | Watford v Arsenal | L | 0-3 | Premier League |
10 | 27 Aug 2016 | Watford v Arsenal | L | 1-3 | Premier League |
11 | 14 Oct 2017 | Watford v Arsenal | W | 2-1 | Premier League |
12 | 15 Apr 2019 | Watford v Arsenal | L | 0-1 | Premier League |
13 | 15 Sep 2019 | Watford v Arsenal | Premier League |
➧ Watford tidak pernah mengalami kekalahan dalam tiga perlawanan pembukaan liga dilaman mereka sejak kempen 1991-92 - Hornets memenangi tiga perlawanan pertama dilaman mereka, di Vicarage Road musim lalu.
➧ Arsenal telah bolos sembilan gol penalti dalam Liga Perdana sejak permulaan musim lalu (7 musim lalu dan 2 musim ini) - hanya Brighton & Hove Albion telah bolos lebih banyak (10 gol penalti).
➧ Watford tidak pernah kalah lima perlawanan liga berturut-turut dilaman sendiri sejak Disember 2013 di bawah Gianfranco Zola dalam saingan Championship, kali terakhir melakukannya dalam saingan teratas liga adalah pada bulan April 1988.
➧ Arsenal hanya mencatatkan sembilan perlawanan tanpa bolos dalam 42 perlawanan Liga Perdana di bawah Unai Emery dengan dua daripada perlawnaan itu adalah menentang Watford musim lepas.
➧ Sejak awal musim 2016-17, tiada pemain yang menghadiahkan lebih banyak penalti dalam Liga Perdana berbanding Granit Xhaka untuk Arsenal (lima berkongsi dengan Jose Fonte).
➧ Watford masuk ke minggu kelima liga dengan reputasi salah satu daripada dua pasukan Liga Perdana yang belum memenangi sebarang perlawanan untuk musim ini (2019-20) bersama dengan Wolves (W0 D1 L3); Hornets tidak pernah gagal untuk memenangi perlawanan untuk lima perlawanan liga pertama mereka sejak 2011-12 di Championship.
➧ Hanya Mohamed Salah (52) yang telah terlibat dalam lebih banyak gol Liga Perdana Inggeris sejak penampilan Pierre-Emerick Aubameyang untuk Arsenal pada Februari 2018 (44; 35 gol, 9 assists), dengan penyerang Gabon itu menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 1-0 Arsenal di Vicarage Jalan pada 2018-19.