Seorang remaja lelaki Kenya berusia 13 tahun, yang kehilangannya dipaparkan dalam video pengumuman ketibaan Henrikh Mkhitaryan ke AS Roma telah ditemui semula dan selamat pulang ke pangkuan keluarganya.
Kelab Itali tersebut telah memulakan kempen sosial media ini pada Julai lepas, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kanak-kanak yang hilang.
Gambar remaja lelaki tersebut yang diletakkan di sebelah video pengumuman Mkhitaryan dalam setiap posts rasmi kelab setelah pemain antarabangsa Armenia itu melengkapkan perpindahan dari Arsenal.
Berita ini hadir sebulan selepas kempen yang sama membantu mendapatkan lokasi seorang kanak-kanak perempuan yang hilang dari London.
Roma mengumumkan ketibaan pemain pertahanan Turki, Mert Cetin pada Ogos lalu, dan sekali lagi meletakkan gambar orang yang hilang. Dan kemudian kelab tersebut menyampaikan berita bahawa kanak-kanak perempuan tersebut telah ditemui dengan selamat.
Perkara yang sama telah berlaku hasil daripada kempen berterusan AS Roma ini.
Remaja lelaki tersebut telah ditemui pada hari yang sama Mkhitaryan menjaringkan gol dalam debut AS Romanya ketika menentang Sassuolo kelmarin.
Kelab Itali tersebut juga telah mengeluarkan video baru yang telah diubahsuai memaparkan 11 kanak-kanak hilang yang lain.
Kelab tersebut telah bekerjasama dengan dua badan kebajikan kanak-kanak untuk kempen atas talian mereka iaitu National Center for Missing and Exploited Children dan Telefono Azzurro.
'Kami mahu menggunakan kekuatan penularan sosial media dalam pengumuman pemain baru kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak yang hilang,' kata Ketua Strategi AS Roma, Paul Rogers dalam laman sesawang rasmi kelab.
'Kami mempunyai pengikut yang ramai dalam sosial media, dan pengumuman kami dapat disampaikan dan menyedarkan masyarakat di seluruh dunia.