Jamie Carragher menghentam Sokratis Papastathopoulos dan pertahanan Arsenal kerana membiarkan Watford mengejar dari ketinggalan 2-0 untuk seri 2-2 dalam perlawanan pada Ahad lepas.
The Gunners telah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama sebelum Tom Cleverly dan Roberto Pereyra menyamakan kedudukan hasil dari kesilapan dan kecuaian barisan pemain Unai Emery.
The Gunners telah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama sebelum Tom Cleverly dan Roberto Pereyra menyamakan kedudukan hasil dari kesilapan dan kecuaian barisan pemain Unai Emery.
Gary Neville juga tidak ketinggalan mengkritik, 'Arsenal cuba keluar dari era Arsene Wenger tetapi akhirnya mencuba untuk keluar dari bermain permainan seperti ini'
'Anda harus mempersoalkan pengurusan permainan, keazaman mereka. Sesetengah mungkin akan menunding jari ke arah struktur tetapi sudah jelas ianya satu persembahan yang buruk.
'Setiap kali anda melihat dia [David Luiz] dan Sokratis, mereka kerap melakukan kesilapan. Pertahanan Arsenal sentiasa memberikan anda peluang.'
Carragher juga menambah: 'Saya fikir setiap pasukan kini mahu mula bermain dari belakang dan membuat tekanan dari hadapan.
'Peraturan baru telah membesarkan kawasan untuk pasukan melakukan tekanan. Hantaran bola pertama adalah hantaran yang bebas dan anda tiada masalah untuk memberikannya kepada pemain pertahanan tengah.
'Setiap pengurus kini, samada mereka suka atau tidak bermain sebegini, rasa diri telah dipaksa. Anda akan dilabel seorang yang kolot kalau tidak bermain bermula dari belakang.'
'Saya fikir Sokratis seorang pemain yang lemah. Apabila bola sampai ke kakinya, beliau boleh hantar bola yang mudah kepada pemain beknya. [Ainsley] Maitland-Niles tidak dijaga pemain lawan. Saya tidak rasa Unai Emery akan berubah.'
Sumber: dailymail