Patutkah Emery menukar pendekatan beliau dalam cara bermain Arsenal?

BERCAKAP selepas perlawanan, Emery menegaskan bahawa ini adalah bagaimana Arsenal akan bermain. 



"Kita perlu mengulangi, kita juga perlu mempunyai kapasiti dan memperbaiki supaya dapat memecahkan apabila pasukan (lawan) menekan kita seperti hari ini, Watford melakukannya." jelas Emery sebagaimana dilaporkan di laman rasmi Arsenal.

Dalam penjelasan itu juga, Emery mengakui bahawa cara bermain Arsenal adalah bermula daripada  bawah dengan penjaga gol kemudian kepada pemain pertahanan sebelum kepada pemain tengah yang cuba memecahkan barisan lawan dan menghubungkan kepada penyerang untuk menjaringkan gol.

Build up yang sama ketika era Wenger, namun Sanogo terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Sudah tentu ada kelebihan dalam membina gerakan yang bermula dari belakang/bawah dengan tidak banyak pasukan mahu mengeksploitasi keputusan baru IFAB untuk keuntungan mereka sendiri.

Peraturan cara sepakan goal mengikut IFAB
Malah dalam satu ketika, Arsenal juga mendapat keuntungan dengan cara bermain begini, namun ianya juga membawa padah kepada pasukan terutamanya ketika menentang Watford tempoh hari.

SIAPA yang patut dipersalahkan dalam hal ini (membina gerakan - bermula dari bawah) apabila seorang jurulatih mahukan pemain-pemain menggunakan cara bermain sebegini?

Bukan mahu menuding apatah lagi mahu mencari kesalahan kepada para pemain ataupun pengendali Arsenal, Unai Emery.

Tulisan kali ini adalah lebih kepada analisis mengenai corak bermain Arsenal yang bermula dari bawah... bermula dari Bernd Leno, penjaga gol Arsenal berusia 27 tahun.


Leno adalah penjaga gol yang telah bermain dalam lima perlawanan Liga Perdana musim ini untuk Arsenal dan telah beraksi selama 450 minit. 



Purata beliau melepaskan gol adalah sebanyak 1.6 gol untuk setiap 90 minit setiap kali beraksi dalam lima perlawanan setakat ini dengan turut mencatatkan rekod bersih tanpa dibolosi sebanyak 20%

Statistik tersebut memberikan Leno rekod bersih tanpa dibolosi satu perlawanan sahaja daripada lima perlawanan yang diharunginya setakat ini.

Manakala dari segi sepakan gol yang dibuat/dilakukan Leno musim ini (setakat lima perlawanan) adalah sebanyak 49 kali dengan musim lalu secara keseluruhannya (dalam EPL) sebanyak 227 kali.

Statistik Leno dalam melakukan sepakan gol musim ini (setakat 5 perlawanan).

Dalam perlawanan menentang Watford, dapat diperhatikan dimana hampir setiap kali Leno mahu mengambil atau melakukan sepakan gol, terdapat sekurang-kurangnya empat pemain lawan berada berhampiran beliau.

Sepakan gol pertama Leno pada perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.
Secara keseluruhan, Leno telah melakukan 16 sepakan gol (goal kick) sepanjang perlawanan itu dengan lima sepakan pada separuh masa pertama dan 11 lagi pada separuh masa kedua.

Separuh Masa Pertama
( Watford 0-2 Arsenal)
Separuh Masa Kedua
(Watford 2-2 Arsenal)
5 11

Dan perlawanan tersebut juga menyaksikan penguasaan Watford selain mereka turut mencatatkan jumlah percubaan yang jauh lebih banyak berbanding Arsenal.


Dan berdasarkan jumlah sepakan gol yang dilakukan Leno itu, ianya menceritakan bahawa Arsenal sememangnya menerima tekanan yang kuat daripada lawan terutamanya pada separuh masa kedua.

Analisis setiap sepakan gol Leno.

Dari sepakan gol pertama Leno pada perlawanan itu, kita dapat membaca mengenai perancangan Watford terhadap Arsenal ketika berdepan situasi sepakan gol yang bakal dilakukan The Gunners.

Empat pemain Watford berada dan bersedia didepan Leno untuk melakukan 'pressing'.
Minit ke-4 : Watford 0-0 Arsenal

Sokratis dan Luiz mengambil kedudukan mereka di sekitar enam ela daripada kedudukan Leno sementara tiga penyerang Watford - Andre Grey, Gerard Deulofeu dan Tom Cleverly sedia menanti dan menunggu untuk 'menerkam' diluar kotak penalti sejurus sepakan dilakukan penjaga gol Arsenal.


Leno menghantar bola dengan hantaran pendek ke Sokratis yang kemudiannya menghantar ke kanan mencari Ainsley Maitland-Niles



Dan piihak lawan, Cleverly dan Deulofeu segera menutup ruang pertahanan kanan Arsenal (mengenakan tekanan terhadap Niles) yang menyebabkan Niles tidak mempunyai banyak ruang untuk membawa bola selain cuba untuk melepasi mereka (pemain Watford) dan  bola akhirnya terkeluar dari kawasan permainan untuk lontaran ke dalam buat The Gunners.

Minit ke-13 : Watford 0-0 Arsenal


Sekali lagi Leno melakukan hantaran pendek dan sekali lagi ke Sokratis serta sekali lagi bola dihantar ke Maitland-Niles

Namun kali ini, pemain muda itu menemui Nicolas Pepe namun tekanan yang diberikan Jose Holebas menyebabkan pemain Ivory itu kembali ke arah gawang sendiri sebelum menghantar ke Sokratis.

Dan sini, bermula build up Arsenal dimana Sokratis menemui Mesut Ozil yang seterusnya berjaya membina serangan Arsenal.

Minit ke-35 : Watford 0-2 Arsenal


Tekanan Watford menjadi lebih agresif dengan Etienne Capoue melangkah lebih jauh ke hadapan untuk memastikan terdapat empat pemain menyekat laluan Matteo Guendouzi sekiranya pemain itu menerima bola dari Leno. 

Dan seperti dijangka mereka, Gendouzi menerima bola dan mereka terus melakukan tekanan terhadap pemain Arsenal itu.



Cleverly dan Deulofeu bergabung untuk memenangi bola dan berjaya merampas daripada Guendouzi dan melakukan satu percubaan tepat ke gawang gol Arsenal namun diselamatkan oleh Leno.

Guendouzi kehilangan bola.
Pun begitu Leno tidak dapat menghalang bola (lantunan) dari terus ke Gray, yang mengalahkan Luiz untuk melakukan sekali lagi percubaan yang nyaris menghasilkan gol kepada mereka. 

36 minit : Watford 0-2 Arsenal


Leno kali ini melakukan hantaran lebih pendek, sekadar 'tapping' bola ke Guendouzi yang sekali lagi kehilangan bola dan nyaris dihukum lawan.


Mujur Leno sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan sebelum percubaan kedua Watford sedikit tersasar.



45 minit : Watford 0-2 Arsenal

Menyedari wisel separuh masa bakal dibunyikan pada bila-bila masa, pemain-pemain Watford mungkin memilih untuk tidak melakukan tekanan terhadap Arsenal dan bagaikan memahami, video (rakaman) juga tidak menayangkan aksi Leno melakukan sepakan gol itu.

Aksi-aksi separuh masa pertama

Bersambung ke babak kedua perlawanan, Leno melakukan 11 kali sepakan gol.

Minit ke-47 : Watford 0-2 Arsenal

Leno dan Luiz melkaukan perubahan taktik mereka dengan melakukan hantaran jauh dan ianya dilihat sedikit berjaya. 

Holebas mengalahkan Pepe untuk memenangi tandukan tetapi bola kedua jatuh ke Dani Ceballos dan dari situ, Arsenal mampu membina gerakan dalam melancarkan serangan.

Dan pada ketika itu juga, bahagian Watford sedikit berada di atas, dan ianya memberikan Ceballos masa untuk membina gerakan (build up).

52 minit : Watford 0-2 Arsenal

Sekali lagi Guendouzi dikepung oleh pemain Watford namun kali ini beliau berjaya memotong dan menghantar bola keluar ke Maitland-Niles tetapi Abdoulaye Doucoure berjaya memintas hantaran yang ditujukan kepada Ozil. 

Bola menuju ke arah Will Hughes, yang kemudian bergabung dengan Grey untuk melakukan satu tempoh tekanan tambahan sebelum pemain tengah Perancis itu melakukan satu percubaan yang tersasar untuk satu lagi sepakan gol buat Arsenal.

Minit ke-53 : Watford 1-2 Arsenal

Disinilah segalanya berhasil buat Watford dan kecelakaan buat Arsenal berlaku.

Hornets akhirnya memperolehi apa yang mereka usahakan setelah melakukan tekanan bertubi-tubi kepada Arsenal.

Deulofeu menerpa ke arah Sokratis dan berjaya mengagalkan usaha pertahanan Arsenal itu untuk menghantar bola ke Guendouzi.




Bola berada cantik untuk Cleverly yang melakukan rembatan rendah menewaskan Leno sekaligus merapatkan jurang perbezaan gol ketika itu.

Walaupun gol tersebut menimbulkan pertikaian setelah kaki pemain Watford berada didalam kotak kawasan gol Arsenal, namun gol tersebut tetap dikira dan akhirnya menjadi titik perubahan perlawanan.

Dan ianya juga membuktikan bahawa usaha keras Watford dengan taktik mereka bekerja keras menekan pemain-pemain Arsenal berhasil.

Ianya juga menceritakan bahawa pemain-pemain Arsenal menjadi panik menerima tekanan lawan dalam usaha untuk bermula/bermain dari bawah.

Situasi itu juga menimbulkan persoalan sama ada Sokratis, Luiz dan Leno sepatutnya tidak terlalu terikat untuk bermain cara demikian, mungkin kadang-kala ianya perlu melakukan sepakan jauh ke atas (hantaran jauh).

Minit ke-59 : Watford 1-2 Arsenal

Arsenal masih terikat dengan cara hantaran pendek dengan bermula dari bawah sebagaimana sebelum ini.

Corak dan cara 'flow' yang sama... Leno ke Sokratis ke Maitland-Niles.

Pertahanan Arsenal jelas tidak mempunyai banyak pilihan untuk bermula dari bawah setelah tekanan begitu kuat diberikan lawan sehingga boleh dikatakan pemain Watford mengusai kawasan Arsenal - berhampiran gol (attacking third).

Minit ke-60 : Watford 1-2 Arsenal

Berubah taktik seketika dengan Leno menghantar bola kepada Luiz, yang kemudian menendang jauh ke atas, tetapi kali ini Kabasele dapat mengembalikan bola ke Ben Foster di gawang Watford.

Minit ke 64 : Watford 1-2 Arsenal

Buat pertama kalinya dalam perlawanan itu, Bernd Leno melakukan sepakan gol melepasi kotaknya.

Namun ianya tidak berfungsi dengan baik setelah Aubameyang tidak dapat memenangi bola tetapi Arsenal mampu mendapatkan bola kembali melalui Granit Xhaka.

Minit ke 65 : Watford 1-2 Arsenal

Leno menghantar lurus ke Maitland-Niles, memberikan pemain muda itu sedikit masa untuk memegang bola. 

Namun selepas menghantar bola kepada Pepe dan mendapatkannya kembali, dia terpaksa melakukan hantaran jauh mencari Ozil setelah menerima tekanan dan Watford kembali mendapatkan pemilikan ataupun penguasaan.

Ketika ini, dapat dilihat Watfor begitu 'enjoy' dengan taktikal mereka setiap kali Leno bakal melakukan sepakan gol berbanding taktikal mereka ketika mereka sendiri melakukan sepakan gol.

Minit ke-67 : Watford 1-2 Arsenal

Leno sekali lagi melakukan sepakan jauh dan Craig Dawson tidak mengalami masalah untuk mengalahkan Aubameyang dan memenangi bola.

Watford menguasai padang dikawasan sendiri dan membina kembali gerakan mereka bermula dari situ.

Minit ke-69 : Watford 1-2 Arsenal

Dan sekali lagi Leno cuba melakukan sepakan jauh namun gagal mencari pemain Arsenal, seolah-olah mencari Aubameyang di sebelah kiri sayap namun bola muda dimenangani pemain Watford, Roberto Pereyra.

Minit ke 84 : Watford 2-2 Arsenal

'Kekalutan dan kemalasan' Maitland-Niles boleh diibaratkan begitu setelah melakukan hantaran mencari Xhaka yang akhirnya menemui Pereyra.

Walaupun barisan pertahanan Arsenal mampu 'memadamkan' bahaya yang menjelma ketika itu, namun Watford tetap mampu melakukan percubaan disisi gawang Arsenal.

Minit ke-87 : Watford 2-2 Arsenal

Leno memberikan bola kedua kepada Xhaka yang kemudiannya memberikan kepada Joe Willock yang akhirnya memenangi perebutan dengan Kabasele, yang melakukan kekasaran.

Kesimpulan, mengikut pandangan penulis. taktikal untuk bermula dari bawah adalah menarik namun ianya memerlukan pemain-pemain Arsenal benar-benar memahami taktikal, arahan dan situasi.

Semoga Arsenal terus maju dan berjaya dalam perlawanan seterusnya. #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post