Bukayo Saka Membanggakan Bapanya, Namun Tidak Boleh Mengucapkannya Kerana Kena Mandi Ais!

Para peminat dan penyokong Arsenal yang menyaksikan perlawanan pertama peringkat kumpulan Europa League menentang Eintracht Frankfurt awal pagi Jumaat tadi (waktu Malaysia) sudah pasti gembira melihat prestasi seorang pemain remaja bernama Bukayo Saka.

Bukayo Saka dapat memenuhi impian kanak-kanaknya apabila menjaringkan gol pertama untuk skuad senior Arsenal. 

Dan beliau meraikan kejayaan manisnya itu dengan membuat panggilan FaceTime dengan bapanya.

Gaya Bukayo Saka menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal
Pemain sayap ini merupakan pemain paling menyerlah di atas padang ketika Arsenal menundukkan Eintracht Frankfurt 3-0 di gelanggang lawan.

Beliau juga membuat bantuan gol Joe Willock dan Pierre-Emerick Aubameyang dalam perlawanan itu.

Ianya satu malam yang istimewa untuk seorang pemain yang meningkat naik dari akademi Arsenal dan kini sudah membuat penampilan senior kelimanya.

'Saya sentiasa impikan saat ini sejak saya kecil, menjaringkan gol untuk Arsenal FC. Kini saya berjaya melakukannya. Saya mahu terus berlatih, sentiasa merendah diri, dan mencuba untuk merasai perasaan sebegitu (menjaringkan gol) lagi di masa akan datang,' kata Saka.

'Saya menerima banyak ucapan: Instagram, WhatsApps, dan Snapchat. Saya menerima daripada semua orang. Saya juga sempat menelefon bapa saya menerusi FaceTime. Dia berbangga dengan saya, dan ini membuatkan saya gembira.

'Saya tidak dapat bercakap dengannya kerana jurulatih mahu saya masuk dalam tab berisi ais untuk pemulihan diri.

'Kami hanya mengangkat ibu jari dan saya lihat dia tersenyum. Saya juga tersenyum dan ini satu ketika yang membanggakan.

'Dia merupakan inspirasi saya. Dia sentiasa memastikan sentiasa merendah diri sejak saya kecil lagi, dan saya pasti dia telah melihat beberapa kritikan pada malam ini, sesuatu yang saya boleh perbaiki. Tetapi saya tahu saya sudah buat dia gembira.

'Ianya sangat membantu saya. Memang mudah untuk saya meninggi diri selepas melakukan apa yang telah saya lakukan malam ini, tetapi apabila mempunyai bapa yang sentiasa bersama saya, beliau akan memastikan saya sentiasa berpijak di bumi nyata dan sememangnya sesuai untuk pemain seperti saya.'

Bukayo Saka dinamakan dalam Team of the Week Europa League bersama Emi Martinez dan Calum Chamberrs
Saka juga menerima nasihat yang lebih kurang sama daripada pembantu jurulatih skuad utama iaitu Freddie Ljungberg.

Beliau menghargai pengaruh Ljungberg dan Unai Emery (pengurus Arsenal) dalam kariernya setakat ini.

'Dia [Emery] sentiasa membantu saya semasa sesi latihan. Saya rasa seperti saya sudah banyak belajar apabila bermain dalam pasukannya dan saya gembira dia mempercayai saya.

'Freddie pula sentiasa menyokong saya. Apabila saya kurang faham apa yang disampaikan oleh jurulatih lain, saya akan merujuk kepada Freddie kerana dia boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dengan lebih baik.

'Dia pernah menjadi seorang pemain bolasepak sebelum ini, dan setiap pengetahuannya sangat penting buat saya kerana saya bermain di posisi yang sama. Dia memainkan peranan yang besar dalam perkembangan permainan saya.

'Antara nasihat terbaik yang beliau berikan adalah sentiasa merendah diri. Saya sudah bermain untuknya sejak saya berusia 15 tahun, sudah melihat apa yang saya boleh lakukan tetapi dia tetap mahu sentiasa rendah diri, bekerja keras kerana dia fikir saya boleh menjadi salah seorang pemain yang hebat.

'Dia bermain di posisi saya dan baguslah untuk dia berada di sini. Seorang pemain legenda Arsenal memberi nasihat kepada saya. Saya tidak boleh minta lebih daripada itu.'

Post a Comment

Previous Post Next Post