David de Gea Sumbang £175,000 Bantu Mangsa Banjir

David de Gea
Penjaga gol Manchester United, David de Gea telah menderma £175,000 kepada mangsa ribut kilat di Sepanyol yang telah mengorbankan tujuh nyawa.

Bulan Sabit Merah Sepanyol telah mengesahkan sumbangan tunai sambil mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol tersebut atas sifat murah hatinya.

Persatuan tersebut telah memuat naik ucapan terima kasih di dalam akaun sosial media berserta gambar pemain tersebut: "2000,000 euros untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan bencana banjir di Alicante dan Murcia.

"Terima kasih David de Gea dengan kemuliaan anda."

Alicante dan Murcia adalah dua wilayah yang paling teruk terjejas dengan ribut kilat minggu lepas, dengan hujan lebat menyebabkan banjir dan banyak kawasan terputus hubungan.

Pihak tentera telah membantu memindahkan ribuan penduduk dari kediaman mereka selepas sungai telah melepasi tebingnya.

Ribut yang dipanggil 'gota fria' dalam bahasa Sepanyol juga telah menyebabkan lapangan terbang untuk ditutup sementara. Ianya telah meragut tujuh nyawa termasuk warga Belanda berusia 66 tahun, yang telah dibawah arus deras di bandar Dolores berdekatan Alicante.
De Gea dilahirkan di Madrid, tetapi bapanya dilahirkan di Redovan di wilayah Alicante.

Beliau telah disenaraikan bersama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam senarai pemain paling bermurah hati diterbitkan oleh Spanish Sports Daily As tahun lepas.

Penjaga gol yang baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Manchester United ini juga dikatakan telah menyumbang £30,000 kepada satu badan kebajikan di Mozambique, dan anak-anak yatim dikatakan menerima manfaat dari duit tunai tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post