Malaysia B16 gagal kekal kecemerlangan, tewas kepada Laos.

Skuad Harimau Malaya Bawah 16 tahun tumpas 0-1 kepada Laos malam tadi.



Selepas cemerlang pada aksi pembukaan dengan membelasah Kemboja 7-0, skuad bawah 16 tahun negara gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas 0-1 kepada tuan rumah, Laos dalam aksi Kumpulan J, kelayakan Kejohanan AFC B-16 malam tadi.


Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional, Vientiane itu menyaksikan pasukan tuan rumah  berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan dan juga gol kemenangan mereka seawal minit ke-4 menerusi Lavi Somthongkham.


Tugas getir menanti skuad negara apabila menentang pendahulu kumpulan, Jepun, Ahad ini jam empat petang waktu Malaysia.

Malaysia kini menduduki anak tangga ketiga dengan pungutan tiga mata, manakala Jepun (enam mata), diikuti Laos (tiga mata) sementara Kemboja tercorot tanpa sebarang mata.





Kredit info grafik dan gambar : FAM

Post a Comment

Previous Post Next Post