Calum Chamber tidak peduli arahan Unai Emery ketika bertemu Nottingham Forest.

CALUM CHAMBERS, 24 tahun menyertai Arsenal pada 28 Julai 2014, namun khidmat beliau banyak digunakan pada musim pertama dia bersama The Gunners.



Bermula musim kedua bersama Arsenal, khidmat beliau jarang digunakan kerana peranan beliau (pertahanan kanan) lebih banyak dimainkan oleh Bellerin.

Dan  beliau kemudian dipinjamkan kepada Middlesbrough pada 30 Ogos 2016 sebelum menyertai Fulham secara pinjaman pada musim lalu.

Kembalinya beliau ke Arsenal musim ini, Chambers berjaya menjaringkan gol pertamanya pada 22 September 2019, menjaringkan gol kedua ketika membantu The Gunners mencatatkan kemenangan 3-2 menentang Aston Villa.
Dua hari kemudian, pada 24 September 2019, Chambers bermain 90 minit penuh dan bermula pada posisi pertahanan kanan, bagaimanapun pertukaran pemain dengan Emery membawa masuk Bellerin (pada minit ke-77) memaksa beliau beraksi pada posisi pertahanan kiri sehingga wisel penamat dibunyikan.

Aksi beliau pada perlawanan itu begitu cemerlang dengan menghasilkan tiga bantuan gol dalam membantu Arsenal memenangi perlawanan 5-0 ke atas Nottingham Forest.




Pun begitu, disebalik aksi cemerlang yang dipamerkan Chambers, terdapat kisah yang mungkin agak mengelirukan dimana beliau tidak mengendahkan arahan Unai Emery.

Menurut pengarah, penerbit dan penulis VAVELHarry Symeou mengatakan bahawa Chambers tidak mematuhi arahan yang diberikan Unai Emery kepadanya.

Emery dikatakan telah memberi arahan kepada Chambers supaya kekal pada bahagian pertahanan kiri dengan memberi bantuan dalam bertahan (defensively) kepada Saka, serta tugas beliau memberikan bola kepada Ceballos.
Walaupun Emery tidak memarahi apatah lagi kecewa dengan tindakan dan prestasi Chambers, namun ayat " He didn't listen to me" yang dikeluarkan Emery mencetuskan persoalan.

Adakah Emery memaksudkan perkara itu dalam nada ataupun sudut yang baik atau sebaliknya?

Petikan laporan Football London turut memaparkan kisah yang sama.
Adakah Chambers degil dan mengingkari arahan Emery? Apakah yang cuba dimaksudkan Emery dengan kenyataan tersebut?

Yang pasti aksi Chambers pada perlawanan tersebut begitu boom!!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post