Arsene Wenger berminat kendalikan Manchester United dan reaksi peminat mereka.

ARSENE WENGER masih tidak mengendalikan mana-mana kelab semenjak meninggalkan Arsenal.



Walaupun sebelum ini beliau dikatakan akan menyertai FIFA, namun difahamkan bahawa kontrak beliau bersama badan induk bolasepak dunia itu hanya untuk tempoh lima bulan sahaja.


Arsene Wenger sebelum ini pernah berkata bahawa beliau tidak akan mengendalikan mana-mana kelab Liga Perdana Inggeris selepas meninggalkan Arsenal.

Namun dalam laporan terkini, pengurus lagenda Arsenal ini memberi bayangan bahawa beliau berminat untuk mengendalikan kelab Inggeris, Manchester United sebagaimana dilaporkan oleh Express dan beberapa media utama lain.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan temubual di antara Wenger bersama bein Sports yang mana bekas pengurus Arsenal itu bagaikan mengakui bahawa beliau berminat untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United.

Dengan United ketika ini bergelut untuk mempamerkan prestasi sebenar dan terbaik, Wenger memahami di mana permasalahan sebenar pasukan itu dan menyatakan bahawa mereka harus menandatangani empat pemain yang mana mereka dapat membina kembali skuad sedia ada untuk mampu mencabar kejuaraan liga mahupun pasukan besar EPL.

"Manchester United adalah pekerjaan impian bagi mana-mana pengurus.

"Sekurang-kurangnya, mana-mana pengurus yang memiliki keberanian dan keyakinan.

"Ya, mereka memerlukan - pada pendapat saya - empat pemain pasukan utama.

"Tetapi dengan pemain sedia ada ketika ini, saya melihat skuad itu mampu mencabar.

"Mereka tidak jauh (teruk) seperti orang fikirkan.

"Pasukan tidak mempunyai corak permainan, tiada corak menekan.

"Ada pasukan di sana, tetapi perlu dilatih dan dibangunkan.

"Seperti saya katakan, empat pemain dan mereka boleh menjadi pencabar. Untuk segala-galanya.

"Seperti yang saya katakan, Manchester United adalah pekerjaan impian. Bagi mana-mana jurulatih.

Dan apabila ditanya sama ada beliau berminat menjadi pengurus Manchester United, Wenger menjawab: "Saya mempunyai keyakinan, saya mempunyai keberanian ... dan anda betul, saya mempunyai idea."

Pengakuan dan bayangan yang diberikan Arsene Wenger itu turut membuatkan peminat dan penyokong United teruja.


Pun begitu, mengikut pemahaman penulis, Wenger hanya mengatakan bahawa beliau sememangnya layak untuk menjadi pengurus Manchester United, namun ianya tidak mungkin untuk Wenger mengendalikan kelab itu.

United kembali beraksi menentang Arsenal dalam Liga Perdana Isnin (8 malam).

Post a Comment

Previous Post Next Post